Shamsul Amin

Penulis, editor dan tukang cerita.

Bersempena pemilihan Bangkok sebagai salah sebuah Kota Buku Dunia pada tahun 2013, kota tersebut bakal membuka perpustakaan yang beroperasi 24 jam bermula pada 1 April hadapan.
www.happyreading.in.th

Portal BK, melaporkan perpustakaan tiga tingkat berukuran 4950 kaki persegi itu terletak di Bangunan Ratchadamnoen yang baru dibina semula, berhampiran persimpangan Khok Wua di Bandar Bangkok Lama.

Bangunan tersebut yang dianggarkan bernilai RM 37.8 juta merupakah sebuah bangunan berukuran siling tinggi dengan reka bentuk neo-klasik dan ditambah dengan elemen seni bina gabungan Timur dan Barat dengan gaya Raja Rama 5, 6 dan 7.

Bangunan tersebut yang sebelum ini dilaporkan bakal siap sebelum hujung tahun 2016 dinamakan sebagai Perpustakaan Bandar Raya Bangkok (The Bangkok City Library). Perpustakaan tersebut juga merangkumi pusat pendidikan, arkib filem dan persuratan, kafe, komputer untuk pencarian buku digital dan juga beberapa ruang lantai terbuka sebagai ruang pembacaan.

Tiga tingkat bangunan perpustakaan tersebut juga bakal memuatkan pelbagai koleksi buku di pelbagai seksyen antara lain di bahagian budaya Thai, kesusasteraan Asia, kesusasteraan dunia, sastera kanak-kanak antarabangsa, buku rujukan sains dan juga “Hall of Fame” untuk menempatkan karya terbaik sastera terbaik sejarah Thailand.

Secara keseluruhannya, dianggarkan 30 00 judul akan ditempatkan sebagai koleksi permulaan.

Perpustakaan tersebut juga baru-baru ini mengumumkan zon dedikasi kepada Yang Mulia Maharaja King Bhumibol Adulyadej di bawah tema “Bapa Tujuh Bidang Pengetahuan” yang mana akan memaparkan maklumat dan buku-buku berkenaan projek diraja dan pencapaian baginda,

Meskipun bakal dibuka 24 jam, perpustakaan tersebut juga hanya akan dibuka bermula 8 pagi hingga tengah malam untuk beberapa bulan pertama operasinya, lapor Voice TV. Perpustakaan tersebut akan dibuka secara percuma kepada orang awam seperti yang dirancang.

Belum ada kata putus berkenaan yuran keahlian dibuka buat masa ini.

Video dan foto perpustakaan tersebut boleh dilihat di sini:

Comments

comments