Shamsul Amin

Penulis, editor dan tukang cerita.

Penulis skrip, penerbit, aktivis seni dan pengasas Frinjan, Amri Rohayat Ahmad Rani (Ruhayat-X) semalam dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya setelah setahun berperang melawan kanser pankreas.


Amri Rohayat, 49, meninggal dunia pada kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari semalam. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Marong, Bentong selepas solat Asar.

Amri Rohayat terkenal sebagai aktivis seni dan pernah menulis lakon layar untuk beberapa buah filem termasuk Buta Warna dan Seludup.

Beliau juga dikenali sebagai pengasas Neo-Hikayat selain menjadi pengasas kepada idea persekutuan penerbit-penerbit mandiri seperti yang wujud dalam industri buku alternatif, pada hari ini.

Portal MStar semalam melaporkan, saudaranya yang enggan dikenali berkata, Amri Rohayat menghidap penyakit kanser peringkat keempat setahun lalu. Sejak menghidap penyakit itu, Amri Rohayat tidak dapat menulis lagi.

Penulis dan aktivis teater terkenal, Aloy Paradoks, melalui laman Facebooknya berkata, pemergian Amri Ruhayat bermakna Malaysia kehilangan seolah penulis skrip yang kaya dengan imaginasi.

“Kita kehilangan sudah salah seorang pelopor awal apa yang disebut sebagai scene buku alternatif sekarang ini, dan kami kehilangan seorang kawan dan pengkritik,” kata beliau di laman Facebook-nya.

Comments

comments