Shamsul Amin

Penulis, editor dan tukang cerita.

BOLOGNA, Itali – Putrajaya diumumkan sebagai tuan rumah Kongres Sedunia IBBY pada tahun 2022 nanti.

Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden IBBY (International Board on Books for Young People), Wally de Doncker, dalam satu media yang diadakan di ruang Illustrators’ Cafe di Pesta Buku Kanak-Kanak Bologna, di sini semalam.

Detik pengumuman tersebut dirakamkan oleh Pengurus Kanan HIPP, Perbadanan Kota Buku, Hasri Hasan melalui laman Instagram miliknya.

Announcement of Malaysia as the host for IBBY World Congress 2022! #ibby #mbby #bcbf

A post shared by Hasri Hasan (@myhasri) on

 

IBBY yang dianggotai oleh 75 negara anggota, memberi mandat kepada Malaysian Board on Books for Young People (MBBY) untuk mengendalikan kongres tersebut yang akan diadakan pada tahun 2022. Kongres tersebut bertemakan The Power of Stories (Kuasa Cerita).

Perbadanan Kota Buku mengucapkan syabas kepada MBBY atas mandat yang diberikan. Semoga penganjuran kongres tersebut akan meningkatkan martabat kualiti buku kanak-kanak dan awal remaja nanti.

Comments

comments