Sharjah dinamakan sebagai Kota Buku Dunia UNESCO 2019

PERTUBUHAN Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) telah menamakan kota Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai Kota Buku Dunia (World Book Capital) bagi tahun 2019.

Sharjah, yang terkenal dengan jolokan ibu kota kebudayaan bagi negara-negara Arab merupakan kota ke-19 yang dipilih UNESCO kerana permohonannya yang bercirikan inovatif, komprehensif dan inklusif yang merangkumi aktiviti berfokuskan komuniti dan bermatlamat untuk meningkatkan penglibatan seluruh kota yang mempunyai populasi migran yang besar.

UNESCO / unesco.org

Dengan memperkenalkan slogan “Read– you are in Sharjah” (Baca– anda sekarang berada di Sharjah), program yang dirangka akan merangkumi enam tema: inklusifiti, pembacaan, warisan, outreach, penerbitan dan juga kanak-kanak. Antara aktiviti program tersebut termasuklah persidangan mengenai kebebasan bersuara, peraduan untuk penyair muda dan bengkel penghasilan Braille dan buku sentuh.

Kota tersebut juga akan melancarkan Bandar Penerbitan Sharjah (Sharjah Publishing City), zon yang didedikasikan khas untuk tujuan penerbitan dan percetakan. Direka khas untuk memenuhi keperluan syarikat penerbitan dan instutusi yang berbeza, kota ini bermatlamat untuk memperkasakan industri buku dengan menggalakkan pengeluaran yang lebih luas dan penyebaran penerbitan dalam Dunia Arab.

Sharjah kota ke-19 yang dinamakan sebagai Kota Buku Dunia mengikuti 18 kota terdahulu iaitu, Madrid (2001), Alexandria (2002), New Delhi (2003), Anvers (2004), Montreal (2005), Turin (2006), Bogota (2007), Amsterdam(2008), Beirut (2009), Ljubljana (2010), Buenos Aires (2011), Erevan (2012), Bangkok (2013), Port Harcourt (2014), Incheon (2015), Wroclaw (2016), Conakry (2017) dan Athens (2018).

Sumber: Books+Publishing

Comments

comments