San Diego Comic-Con 2017: Peranan Komik dalam Perpustakaan dan Sekolah

KONVENSYEN Antarabangsa Komik San Diego (San Diego Comic-Con) yang bakal diadakan di California, merupakan pesta dan acara perkumpulan penerbit, pengkarya dan peminat komik yang terbesar di Amerika Syarikat. Mereka bekerjasama dengan Perpustakaan Awam San Diego dalam mengacarakan Comic Conference for Librarians and Educators (Persidangan Komik untuk Pustakawan dan Pendidik) pada 19-23 Julai 2017. Panelis yang akan berada di sana disenaraikan di bawah. Untuk mendapatkan jadual penuh, sila ke laman sesawang Perpustakaan Awam San Diego untuk maklumat lanjut.

Rabu, 19 Julai 2017

4–6 petang. Teaching with Comics: An Interactive Workshop for Educators (Mengajar Menggunakan Komik: Bengkel Interaktif untuk Para Pendidik):

Peter Carlson (Green Dot Public Schools), Antero Garcia (Stanford University), dan Susan Kirtley (Portland State University) akan mengadakan bengkel amali untuk mengintegrasikan komik untuk pembelajaran dalam bilik darjah. David Walker (Power Man dan Iron Fist), Samantha Diego (Ánimo Western Charter Middle School), Rosie Knight (Nerdist, Women Write About Comics), and Johnny Parker II (Neat-O Comics) akan bersama bengkel ini untuk berkongsi strategi, teori, dan kajian-kajian ilmiah mengenai pedagogi komik.

 

Khamis, 20 Julai 2017

10–11 pagi. Creators, Libraries, and Literacy (Pengkarya, Perpustakaan dan Literasi): Pengkarya-pengkarya seperti Raina Telgemeier, Jenni dan Matt Holm, Molly Ostertag, dan Zander Cannon akan membincangkan mengapa pustakawan dan perpustakaan amat penting bagi mereka, bersama moderator Candice Mack (Perpustakaan Awam Los Angeles).

11 pagi – 12 tengahari. Picture Books for Grown-ups: Why Graphic Novels Matter to Adults (Buku Bergambar untuk Orang Dewasa: Mengapa Novel Grafik Penting untuk Orang Dewasa): Panel ini akan membincangkan tentang novel grafik untuk orang dewasa, dan kebaikannya kepada perpustakaan dan komunitinya jika mempunyai koleksi tersebut, memberi tips bagaimana untuk menerangkan kewajaran mempunyai koleksi tersebut kepada pihak pengurusan perpustakaan, dan membandingkan perbezaan antara bahan-bahan untuk orang muda dan orang dewasa. Para panelisnya adalah Monica Barrette (Perpustakaan Awam Escondido), Matthew Murray (Universiti Nevada, Perpustakaan Las Vegas), Lalitha Nataraj (Perpustakaan Awam Escondido), dan Steven Torres-Roman (Perpustakaan Awam San Diego).

1–2 petang. Young Adult Graphic Novel and Manga Collection Essentials: What Titles Every Library Should Carry (Koleksi Novel Grafik dan Manga untuk Orang Muda: Judul-judul yang Perlu Ada dalam Setiap Perpustakaan): Para pustakawan akan berkongsi ilmu judul-judul novel grafik dan manga, samada klasik atau baharu, yang wajib ada dalam koleksi untuk orang-orang muda. Para panelis adalah Loren Spector (Perpustakaan Memorial), Marissa Thompson (Perpustakaan North Hollywood), Jennifer Siron (Perpustakaan Chatsworth), Danica Sheridan (Perpustakaan Silver Lake), Angela Ocana (Perpustakaan Bandar Santa Clara), Kelly Quinn Chiu (Perpustakaan Bandar Santa Clara), dan Steven Torres-Roman (Perpustakaan Awam San Diego).

2–3 petang. Diversity in Comics: A Librarian’s Perspective (Kepelbagaian dalam Komik: Perspektif Seorang Pustakawan): Bagaimana seorang pustakawan yang profesional menangani kepelbagaian dan kebersamaan—atau kekurangannya—dalam koleksi dan pembangunan program perolehan komik-komik mereka? Bersama panelis Candice Mack (Perpustakaan Awam Los Angeles), Erwin Magbanua dan Lalitha Nataraj (Perpustakaan Awam Escondido), dan Lisa Valdez (Kolej Komuniti Pierce).

 

Jumaat, 21 Julai 2017

12–1 petang. Handling Challenges: Bans and Challenges to Comics (Menangani Cabaran: Komik yang Dilarang dan Mencabar): Belajar mengenai komik-komik yang mempunyai tema yang mencabar, ataupun dilarang sama sekali, dan bagaimana hendak menangani  cabaran-cabarannya, bersama panelis Raina Telgemeier (Ghosts), Candice Mack (Perpustakaan Awam Los Angeles), Gina Gagliano (First Second), dan David Saylor (Graphix). Moderator adalah Betsy Gomez (Comic Book Legal Defense Fund).

1–2 petang. Read Like a Girl: Middle Grade Fiction for Girls (and Boys) (Membaca Macam Perempuan: Fiksyen untuk Remaja Perempuan (dan Lelaki) ): Para panelis akan membincangkan kepentingan mengatasi persepsi bahawa komik itu hanya untuk lelaki. Bersama Nidhi Chanani (Pashmina), Shannon Hale (Real Friends), Jenni Holm (Babymouse), Molly Ostertag (The Witch Boy), dan Raina Telgemeier (Ghosts). Moderator adalah Brigid Alverson (Good Comics for Kids dan Publishers Weekly).

2–3 petang. Nonfiction and Memoir in Graphic Novels (Bukan Fiksyen dan Memoir dalam Bentuk Novel Grafik): Belajar bagaimana novel grafik bergenre bukan fiksyen dan memoir boleh digunakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai perspektif-perspektif yang diketepikan atau kurang popular ke dalam bilik darjah. Bersama Box Brown (Tetris: The Games People Play), Thi Bui (The Best We Could Do), Nathan Hale (Nathan Hale’s Hazardous Tales), Tillie Walden (Spinning), dan Alison Wilgus (Science Comics: Flying Machines).

4–5 petang. Meet the Makers (Sesi Bersama Pengkarya): Pengkarya dan artis novel grafik seperti Jeffrey Brown (Lucy & Andy Neanderthal), Nick Abadzis (Laika), Mike Lawrence (Star Scouts), dan James Parks dan Ben Costa (Rickety Stitch and the Gelatinous Goo Book 1: The Road to Epoli) akan berkongsi mengenai proses yang dilalui untuk menghasilkan novel grafik.

 

Sabtu, 22 Julai 2017

10–11 pagi. Content Literacy: Teaching STEM with Comics (Literasi Kandungan: Mengajar STEM Menggunakan Komik): Illya Kowalchuck (Pop Culture Classroom), Brack Lee (Pop Culture Classroom), Nick Dragotta (Howtoons), M.K. Reed (Science Comics: Dinosaurs), dan Alison Wilgus (Science Comics: Flying Machines) akan bersama dalam sesi soal jawab mengenai novel-novel grafik yang sesuai digunakan untuk menyokong pengajaran subjek-subjek STEM, dan Tom Racine (Tell Tale Radio) sebagai moderator.

11 pagi–12 tengahari. CBLDF: Equipping Teachers to Defend Comics (Comic Book Legal Defense Fund (CBLDF): Persediaan Guru-Guru untuk Mempertahankan Komik): Belajar bagaimana untuk mengemudi penentangan terhadap format ini. Bersama Nathan Hale (Nathan Hale’s Hazardous Tales), Thi Bui (The Best We Could Do), Matthew Holm (Babymouse, Squish), Meryl Jaffe, Talia Hurwich, and Betsy Gomez (CBLDF) sebagai moderator.

 

Ahad, 23 Julai 2017

College/GeekEd Panels (Panelis daripada Golongan Institusi Pengajian Tinggi): Acara seharian yang dianjurkan oleh lebih kurang empat panel khusus untuk staf, fakulti, dan pelajar universiti dan kolej. Panelis termasuk “Nerdentity,” “Shall We Play a Game,” “The Nerd Mind,” dan “Comics in Secondary Education.”

 

Sumber: https://www.publishersweekly.com/pw/by-topic/industry-news/comics/article/74197-comics-in-libraries-and-schools-at-san-diego-comic-con-2017.html

Comments

comments