34 judul buku tercantik Malaysia ke persada antarabangsa

34 buku reka bentuk tercantik Malaysia ke Frankfurt

SENARIO industri perbukuan di Malaysia semakin hari menampakkan peningkatan. Masakan tidak, sempena Pesta Buku Frankfurt 2017; pesta buku terbesar di dunia, lebih 34 buah buku karya penulis dan ilustrator tempatan telah dihantar untuk pencalonan Anugerah Buku Cantik kategori pilihan / undian umum.

Pencalonan ini memberi gambaran pengkarya di Malaysia sudah mencapai tahap tertentu dan bersedia untuk menerima kritikan daripada pemain industri global.

Hal ini juga memungkinkan bahawa lebih banyak penyertaan anugerah di peringkat antarabangsa yang memangkin kualiti karya tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Tidak dinafikan sudah ada karya tempatan pernah menerima anugerah diperingkat antarabangsa akan tetapi adakah rakyat Malaysia sedar bahawa pengiktirafan itu bukan mudah untuk dicapai?

Jadi, ini peluang kita untuk mengiktiraf karya kita sendiri ke peringkat antarabangsa dan menghargai pengkarya yang bertungkus lumus menghasilkan buah tangan yang bermutu.

Untuk mengundi kesemua 34 judul buku tersebut, anda boleh ke laman web rasmi The Beauty and The Book, https://beautyandbook.com/en/  dengan semudah mengeklik butang ‘Voten’.

Comments

comments