Kartunis Mat Despatch, Lengkuas meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Kartunis Mat Despatch dan Yob Peon, Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Salleh, 53 (gambar) dilaporkan meninggal dunia pagi tadi di Hospital Selayang dipercayai akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang.

Berita kematian itu disampaikan menerusi Facebook Bekazon.

“Kami baru dapat berita kartunis Lengkuas (Mat Despatch) telah kembali ke rahmatullah pagi tadi, Allahyarham merupakan seorang yang berjasa pada industri komik tempatan dan sahabat yang tak pernah putus asa.”

Allayarharham Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Saleh, 53, dipercayai meninggal dunia akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang.

Beliau mempunyai pengalaman berkarya selama lebih daripada 30 tahun dan terkenal ketika berkarya di majalah Ujang. -MS

Sumber: Astro Awani

Comments

comments