Delegasi Malaysia ke Beijing International Book Fair 2017

DELEGASI Malaysia yang diketuai Perbadanan Kota Buku (PKB) sekali lagi menyertai Pesta Buku Antarbangsa Beijing atau Beijing International Book Fair 2017 (BIBF).  Pesta buku terbesar di China ini telah memasuki tahun kesembilan penganjurannya dan ini  penyertaan Malaysia kali ketiga.

Pesta Buku itu akan berlangsung bermula 23 hingga 27 Ogos depan. PKB diketuai Pengurus Kanan, Hasri Hasan bersama empat penerbit tempatan iaitu Oyez! Book, Pelangi Publishing, Odonata Publishing dan Armcrest Industries serta wakil dari Han Culture dan KB Asia Sdn Bhd.

Sempena penyertaan delegasi Malaysia ke Beijing, PKB juga terlibat dalam aktiviti dagangan yang melibatkan karya-karya dari seluruh negara ASEAN ke Belt & Road Book Fair (BRBF) di Jinan bersama Kesaint Blanc dan Gramedia dari Indonesia, Today Publishing dari Myanmar, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei dan Thai Ha Books dari Vietnam.

Sepanjang BIBF berlangsung di Bejing, Kota Buku akan membentangkan kertas kerja di 3 buah seminar iaitu di World Children Book Forum, China Science Periodicals Database  Seminar dan China People Medical Seminar. Pada ketiga-tiga seminar ini Kota Buku akan memperkenalkan potensi kandungan dari Malaysia dan melalui kolaborasi pertukaran juga memanfaatkan geran terjemahan yang diperkenalkan.

Selain daripada pembentangan kertas kerja, Kota Buku juga telah mengumpul sebanyak 20 pertemuan strategik dengan penerbit-penerbit besar China untuk menjalin kerjasama dari segi penterjemahan, pengenalan China ke KLTCC serta kerjasama dalam bidang kontens digital sama ada jurnal, buku mahupun majalah.

Comments

comments