Shamsul Amin

Eksekutif Kandungan di Perbadanan Kota Buku. Editor MukaSurat.my.

KUALA LUMPUR:  Penulis dan ilustrator berbakat Malaysia, Nor Emila Mohd Yusof (Emila Yusof), terpilih sebagai finalis pertandingan buku bergambar antarabangsa, 1st Little Hakka International Picture Book Competition (Little Hakka 2017).

Karya asli beliau berjudul, Grandma’s Flowering Tea, disenarai akhir dalam pertandingan tersebut menerusi subkategori cerita baru Little Hakka, di bawah kategori C, kumpulan tema.

Karya Emila Yusof lain yang turut menjadi finalis dalam pertandingan tersebut ialah Puteri Gunung Ledang dan How The Rooster Became the Zodiac Animal di bawah kategori A, subkategori A-1 iaitu karya-karya yang diterbitkan. Kedua-dua judul  tersebut diterbitkan oleh penerbit buku bergambar terulung Malaysia, Oyez! Books.

Karya Malaysia yang lain yang turut disenarai akhir dalam pertandingan ini ialah Little Hakka’s Magic Hat karya Tan Chee Ong.

Julung-julung kali diadakan, Little Hakka 2017 menerima 1463 penyertaan daripada lebih 40 buah negara. Pertandingan ini diadakan untuk memberi galakan dan ganjaran kepada penerbit dan individu yang memberikan sumbangan dalam penghasilan buku bergambar juga untuk mencipta peluang kerjasama di peringkat antarabangsa antara penerbit dan ilustrator buku bergambar.

Pemenang bagi pertandingan ini dijangka akan diumumkan pada Disember.

##

 

Comments

comments