Shamsul Amin

Eksekutif Kandungan di Perbadanan Kota Buku. Editor MukaSurat.my.

NIANTIC Labs, pengusaha permainan mudah alih Pokemon Go dilaporkan bakal melancarkan permainan interaktif adaptasi siri novel Harry Potter, pada tahun hadapan.

Syarikat augmented reality di sebalik permainan animasi Pokemon itu bakal melancarkan permainan yang diberi nama Harry Potter: Wizards United pada tahun 2018, dalam rangka membangunkan aplikasi permainan tersebut bersama Warner Bros. Interactive Entertainment.

“Pengguna aplikasi tersebut nanti akan dapat mempelajari jampi, meneroka kawasan kejiranan dan bandar masing-masing untuk menentang haiwan legenda serta membentuk pasukand engan pengguna lain untuk mengalahkan musuh mereka” kata Niantic dalam satu pengumuman yang dibuat melalui laman sesawang mereka, pada Rabu.

© NIANTIC LABS / nianticlabs.com

Niantic dalam pada itu juga berkata adaptasi siri novel fantasi JK Rowling tersebut bakal merealisasikan hasrat penggemar siri novel dan francais filem tersebut memiliki ‘kuasa sakti’ seperti mana dalam rangkaian ceritanya.

Pokemon Go menjadi antara aplikasi yang paling banyak dimuat turun melalui platform Apple pada tahun 2016, meraikan ulangtahun pertama dengan 750 juta muat turun seluruh dunia.

 

Sumber: TIME.com

##

Comments

comments