Hasri Hasan

Pengurus Kanan Perbadanan Kota Buku. Catatan beliau berkenaan industri buku dan dunia pembacaan boleh dibaca di myhasri.wordpress.com

Januari
  1. 31 Januari– Pertubuhan NGO Buku Warisan ditubuhkan dengan rasmi dan diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan.

 

Februari
  1. Februari – Baucar Buku 1 Malaysia yang bernilai RM250 juta diumumkan akan diedarkan dalam bentuk kad debit. Hal ini bukan sahaja dibantah oleh industri buku malah keputusan ini muktamad dan Bank Rakyat dipertanggungjawabkan untuk menguruskannya bagi tahun 2017.
  2. 20 Februari– Kota Buku dilantik secara eksklusif oleh Oyez! Book untuk menjadi ejen hak cipta bagi judul-judul terbitan mereka.
OYEZ! Books melantik Kota Buku sebagai ejen hak cipta eksklusif mereka (FOTO: Oyez! Books)
Mac
  1. 8 – 18 Mac– Malaysia hadir sebagai Negara Tamu Kehormat di Riyadh International Book Fair 2017, Arab Saudi. Delegasi Malaysia diketuai oleh ITBM dan disertai lebih ramai penerbit buku Malaysia.
  2. 21 Mac– Penulis skrip, penerbit, aktivis seni dan pengasas Frinjan, Amri Rohayat Ahmad Rani (Ruhayat-X) meninggal dunia  setelah setahun berperang melawan kanser pankreas.
  3. 30 Mac – 9 April – Pesta Buku Selangor yang diadakan di Shah Alam merupakan salah satu acara yang semakin mendapat perhatian kerana lokasinya yang membuat penduduk di Selangor (Shah Alam dan Klang) mudah untuk mengunjungi.

 

April
  1. 4 – 6 April– Malaysia menyertai Bologna Children Book Fair 2017 yang diketuai oleh Kota Buku bersama-sama 3 penerbit yang lain. Pesta buku kanak-kanak yang terbesar di dunia ini menampilkan 50 buah negara dan banyak trend perbukuan kanak-kanak yang terkini dilancarkan di sini.
  2. 4 April – Putrajaya, Malaysia diumumkan sebagai tuan rumah Kongres IBBY sedunia bagi tahun 2022. Pengumuman ini dibuat di Pesta Buku Bologna, Italy.
  3. 5 April – Bengkel Penulis Muda sempena Kempen Membaca 1 Malaysia di adakan di Kota Buku dan disertai oleh 40 orang pelajar sekolah-sekolah menengah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  4. 25 April– Persidangan Meja Bulat Industri diadakan di Wisma ITBM bagi membincangkan penjajaran semula Dasar Buku Negara yang telah dilancarkan kira-kira 35 tahun yang lalu. Kali ini pembaharuan mengambil kira keperluan semasa seperti dunia digital dan perubahan dalam landskap ekonomi negara.
  5. 28 – 30 April – Kuala Lumpur Trade & Copyright Centre edisi ke-10 berlangsung di Pacific Ballroom, Hotel Pan Pacific dengan menampilkan lebih 50 pempamer daripada lebih 20 buah negara  bagi berdagang kandungan. Tahun ini juga meyaksikan KLTCC dianjurkan bersekali dengan Future Library Convention Asia (FLCA). Jumlah dagangan hak cipta mencecah nilai RM16 juta pada tahun ini.
  6. 29 April 2017 – Siri Buku kanak-kanak Mila oleh Maslina Yusoff, telah berjaya dilesenkan sebagai produk animasi dengan H Culture, Korea Selatan. Majlis tandatangan perjanjian diadakan sewaktu KLTCC berlangsung.
  7. 30 April 2017 – Sage Publications telah melantik Kota Buku untuk menjadi ejen hak cipta mereka bagi rantau Asia Tenggara.
  8. 27 April hingga 5 Mei – Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 diadakan semula di PWTC setelah berpindah ke MAEPS pada tahun 2016. Pengunjung pada tahun ini mencatatkan jumlah 1.7 juta pengunjung dan buat pertama kali diperkenalkan Aplikasi PBAKL oleh Kota Buku yang menawarkan hadiah Proton Saga kepada pemenang utama. Kira-kira 35,000 pengunjung telah berdaftar dan muat turun aplikasi ini.
Majlis menandatangani MoA Kota Buku bersama Sage Publications (FOTO: Kota Buku)
Mei
  1. 5 Mei – Mesyuarat Eksekutif ABPA diadakan di Kuala Lumpur
  2. 5 – 7 Mei– Bacaworld 2017 yang menampilkan Buzztalk dan pameran Digital Lifestyle bersekali dengan PBAKL 2017.
  3. 24 Mei – Kota Buku di Tingkat 24, Menara Maju diisytiharkan sebagai kawasan e-book percuma. Setiap pengunjung boleh muat turun 2 judul dan membaca di peranti masing-masing selama 48 jam.
  4. 26 Mei – 30 Mei – Big Bad Wolf Book Sale berlangsung di Kuala Lumpur.
  5. 19 Mei 2017 – Kota Buku menandatangani MOU bersama Ikatan Penerbit Indonesia (IKAPI) bagi memulakan kerjasama kedua-dua belah pihak jangka panjang.

 

Jun
  1. 14 – 18 Jun– Tiga wakil Malaysia iaitu Kota Buku, Shake Book Project Sdn Bhd dan Dewan Bahasa dan Pustaka terpilih menyertai Fellowship Program di Seoul International Book Fair 2017.

 

Julai
  1. 5 Julai– Penulis novel grafik bersiri Aku Hidup Dalam Blues, Azzam Supardi, meninggal dunia akibat sakit jantung.
  2. 11 Julai – Menteri Pendidikan Malaysia telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara dan melantik YB Budiman Mohd Zohdi sebagai Pengerusi JK.
  3. 26 – 30 Julai – Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dengan kekuatan ahli sebanyak 200 ahli menganjurkan pesta buku MABOPA di MAEPS Serdang.

 

Ogos
  1. 3-6 Ogos– Novelis Shaz Johar, terpilih mengikuti program residensi ASEAN-Japan yang diadakan bersempena Festival Sastera ASEAN di Kota Tua, Jakarta Barat, Indonesia
  2. 11 Ogos– Kartunis Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Salleh, meninggal dunia pagi tadi di Hospital Selayang akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang.
  3. 23 – 27 Ogos – Pesta Buku Antarabangsa Beijing (BIBF) 2017, pesta buku terbesar di dunia Asia mempertontonkan peserta daripada 50 buah negara dan 300,000 pengunjung professional. Kota Buku yang mengetuai delegasi Malaysia sebanyak 6 penerbit ke Beijing ini memperoleh anugerah ‘Best Organizational Award’ oleh penganjur di Beijing.
Shaz Johar mewakili Malaysia dalam program residensi ASEAN-Jepun sempena Festival Sastera ASEAN di Jakarta (FOTO: The Star)

 

September
  1. 5 – 11 September– Thukul Chetak melancarkan kempen Selamatkan Thukul bagi melangsaikan hutang dengan pencetak sebanyak kira-kira RM100,000. Kempen ini meminta orang ramai membeli buku-buku Thukul Cetak dengan harga yang berpatutan untuk memperoleh jumlah sasaran yang tersebut. Sasaran RM100,000 akhirnya berjaya dicapai melalui solidariti mantap oleh penerbit dan pembaca Malaysia.
  2. 11 September– Pengarang Nisah Haron, menerima Hadiah Sasterawan Muda Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) di Jakarta
  3. 5 September – Kota Buku menyertai forum antarabangsa, ‘Global Trends in Publishing and Rights Trade’ di Jakarta.
  4. 6 – 10 September – Malaysia yang diketuai oleh ITBM menyertai Pesta Buku Antarabangsa Indonesia di JCC, Jakarta.  Turut menyertai acara ini ialah usahawan Dato Seri Vida yang melancarkan bukunya di acara ini.
  5. 16 September– LePark @ Kota Buku yang menyaksikan penerbit-penrbit hiliran dan sederhana menjual buku ala-karnival selama seharian.
  6. 16 September– Nokturnal di Kota Buku, sekumpulan peminat buku bermalam di Kota Buku sambil melakukan aktiviti bibliofil dari jam 10 malam sehingga 8 pagi keesokannya.
  7. 23 – 25 September – Kota Buku menyertai Pesta Buku Hanoi, Vietnam sebagai solidariti ASEAN. Vietnam ialah negara yang banyak membeli lessen hak cipta buku-buku luar negara.
  8. 21 September – Kota Buku menandatangani MOA bersama UPSI untuk mendigitalkan buku-buku di UPSI dan ke arah kampus tanpa kertas.
  9. 28 September– Kuala Lumpur menyatakan hasratnya untuk membida pengiktirafan Ibu Kota Buku Dunia oleh UNESCO melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan slogan ‘KLBACA2020’
Nisah Haron menerima Anugerah Sasterawan Muda MASTERA (FOTO: Nisah Haron)

 

Oktober
  1. 11 – 15 Oktober – Frankfurt Book Fair – Penyertaan Malaysia disertai oleh delegasi yang besar (31 penerbit) yang kebanyakannya adalah penerbit-penerbit daripada Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM). Malaysia juga menjadi negara fokus di The Market, Business Club FBF 2017.  Nilai dagangan yang dicatat di FBF adalah sebanyak RM9 juta.
  2. 11 – 15 Oktober – Pesta Buku Borneo yang diadakan Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak. Turut diadakan seminar penerbitan di sana.
  3. 13 Oktober – Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) diterima sebagai anggota International Publishers Association (IPA) yang baru pada kongres IPA di Frankfurt, Jerman.
  4. 27 Oktober– Kerajaan mengumumkan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dikembalikan pelaksanaannya menerusi pembentangan Bajet 2018 di Parlimen.
  5. 31 Oktober– Penerbit buku alternatif, Terfaktab Media melalui laman sosial mereka mengumumkan penutupan Terfaktab berkuat kuasa Disember 2017 dan melancarkan jualan Selamat Tinggal.
Poster hebahan yang digunakan Terfaktab Media bagi jualan selamat tinggal mereka (FOTO: Terfaktab Media)

 

November
  1. 1 November – E-book percuma muncul di dalam koc LRT laluan Ampang – Kelana Jaya
  2. 6 November- Penulis dan ilustrator Emila Yusof, terpilih sebagai finalis pertandingan buku bergambar antarabangsa, 1st Little Hakka International Picture Book Competition (Little Hakka 2017)
  3. 17 – 19 November – China Children’s Book Fair CCBF 2017 diadakan di Shanghai. Delegasi Malaysia diketuai oleh Kota Buku bersama-sama dua penerbit besar di Malaysia iaitu Pelangi Publishing dan Sasbadi.
  4. 24 – 26 November – Negara Buku Mega pertama kali diadakan di perkarangan Karangkraf yang menampilkan acara jual buku bernilai RM10 selama 60 jam tanpa henti. Ia disertai oleh 50 buah penerbit tempatan dengan jumlah judul sebanyak 1 juta judul.
  5. 27 November– Kota Buku dan Persatuan Penerbit Malaysia serta Persatuan Penjual Buku Malaysia bekerjasama dengan Nielsen Bookscan untuk menyiapkan kerja-kerja memantau data jualan buku secara sistematik di saluran peruncitan buku.
  6. 18-19 November– Book Camp kedua yang dianjurkan oleh Kota Buku kepada Kelab Pembaca Kota Buku yang diadakan di Kampung Karyawan Malim, Gopeng, Perak.
Artwork yang digunakan Emila Yusof bagi penyertaan Little Hakka 2017 (FOTO: Emila Yusof)
Disember
  1. 6 – 10 Disember– International Children Contents & Rights Fair julung-julung kali diadakan di Chiangmai dan disertai secara rasmi oleh 6 organisasi dan seorang penulis.
  2. 8 – 18 Disember – Pesta Buku Big Bad Wolf 24 jam tanpa henti 10 hari yang diadakan di Mines seperti biasa mendapat sambutan yang hangat dan kali ini disertai oleh banyak penerbit tempatan juga.
  3. 12 Disember– Media tempatan melaporkan, penerbit alternatif Buku Fixi memfailkanl saman terhadap Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) kerana tidak membayar hutang tertunggak berjumlah RM104,930.75. Beberapa hari berikutnya, sebuah lagi penerbit buku alternatif lain Lejen Press juga melaporkan menghadapi masalah yang sama, kerana KB1M berhutang RM70,510.59.
  4. 26 Disember– Sasterawan Negara kedua, Prof Emeritus Dato’ Dr Shahnon Ahmad meninggal dunia akibat radang paru-paru.
sn_shahnon_ahmad
Sasterawan Negara (SN) Shahnon Ahmad (Foto: Institut Terjemahan & Buku Malaysia)

Comments

comments