Dewih Haris

Pelatih di Unit Editorial, Kota Buku/MukaSurat.my. Pelajar tahun akhir Kesusasteraan Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

BERITA baik kepada pencinta buku, kini terdapat satu aplikasi yang menyamai aplikasi Instagram. Perbezaannya ialah aplikasi ini hanya untuk buku. Aplikasi Litsy merupakan hasil gabungan aplikasi Instagram dan Goodreads yang menawarkan cadangan buku kepada pengguna dengan cepat.

Sama seperti Instagram, pengguna dapat mengikuti pembaca dan penerbit yang berbeza dengan menekan butang “follow”. Pengguna juga boleh berkongsi gambar buku yang sudah dibaca atau yang sedang dibaca atas talian. Selain itu, pengguna dapat berkongsi kata-kata popular (popular quote) yang diambil daripada buku kegemaran atau membuat ulasan penuh terhadap buku tersebut.

PEXELS /pexels.com

Pengikut anda di laman Litsy akan melihat siaran anda dan boleh memberi komen dan menyukai (like) hantaran mereka sama seperti rangkaian sosial yang lain. Lebih menarik lagi, pengguna dapat melihat sampul hadapan (cover) buku yang mahu dibaca di suapan berita Litsy dan dimasukkan ke senarai “Untuk Baca” supaya pembaca dapat membacanya kemudian.

Tangkap layar: Litsy

Aplikasi ini dapat memberi manfaat kepada penggemar buku kerana akses kini lebih mudah dan pengguna dapat berinteraksi dengan penggemar buku seluruh dunia.

Kepada penggemar buku, anda boleh memuat turun aplikasi Litsy dalam telefon pintar anda menerusi Google Play dan juga AppStore.

Comments

comments