Dewih Haris

Pelatih di Unit Editorial, Kota Buku/MukaSurat.my. Pelajar tahun akhir Kesusasteraan Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

DALAM dunia orang dewasa, Mahkamah Agung (Supreme Court) di Amerika Syarikat mengekalkan larangan perjalanan dari beberapa negara Islam, dan ketibaan pelarian dari Syria serta tempat-tempat panas (hotspots) di Timur Tengah telah menjadi perlahan. Tetapi dalam dunia kesusasteraan kanak-kanak, terdapat satu trend baru ke arah meletakkan cerita-cerita tentang pelarian Muslim muda yang berdaya tahan secara berhadapan.

Lebih daripada sedozen buku akan dikeluarkan pada musim luruh ini, daripada buku gambar untuk kanak-kanak hingga novel yang kompleks untuk para remaja. Buku-buku baru ini menambah senarai tajuk sedia ada yang menampilkan imej positif pelarian, memanfaatkan dan memperibadikan konflik yang sedang berlangsung, kata Vicky Smith, editor kanak-kanak di Kirkus Reviews.

“Ini adalah keinginan sebenar pihak pengarang, ilustrator dan penerbit untuk bertindak balas terhadap krisis dengan cara yang proaktif dan membantu,” katanya.

Gelombang buku kanak-kanak mengenai pelarian muncul di tengah-tengah krisis pelarian terbesar sejak Perang Dunia Kedua, kerana berjuta-juta orang awam, kebanyakannya kanak-kanak, melarikan diri daripada peperangan dan pemberontakan di Syria, Afghanistan dan Iraq.

Kanak-kanak tanpa peneman diarah keluar dan melarikan diri ke sempadan selatan Amerika untuk melepaskan diri daripada kekejaman yang berlaku di Amerika Tengah.

“Kedua-dua peristiwa itu telah mencetuskan penghasilan buku-buku mengenai pelarian,” kata Smith. “Trend ini bermula pada tahun 2015 dan berkembang setiap tahun,” katanya lagi.

Novel-novel baru ini meneroka trauma peperangan dan keganasan dari sudut pandang kanak-kanak. Segala-galanya dari perjalanan laut yang penuh bahaya dengan bertemu penyeludup dan mengatasi Islamofobia (satu bentuk kebencian atau ketakutan terhadap masyarakat beragama Islam) atau bentuk ketaksuban lain ketika memulakan kehidupan di negara baru.

“Kami mendengar dari perpustakaan cawangan kami, kanak-kanak dan ibu bapa sedang mencari cerita-cerita ini,” kata Stephanie Anderson, penolong pengarah pemilihan di Perpustakaan Awam New York dan Perpustakaan Awam Brooklyn.

“Saya rasa terdapat trend dan golongan besar pembaca yang berminat terhadap cerita ini.” Ia juga merupakan satu cara untuk menentang iklim politik yang menyerang pelarian dan umat Islam, kata Laura Simeon, yang merupakan editor dewasa Dewasa di Kirkus.

“Industri ini memberi perhatian, ada satu erti kata yang perlu ditentang, dan inilah salah satu cara yang dapat kita bantu dengan menentang pihak yang memandang negatif terhadap golongan pelarian.”

Dalam tulisannya yang bertajuk A Land of Permanent Goodbyes, wartawan CNN Atia Abawi menulis tentang keluarga Syria yang melarikan diri dari bandar kawalan ISIS untuk pergi ke Istanbul, dan kemudian perjalanan laut yang berbahaya di atas kapal yang penuh sesak ke Greece.

Goodreads/goodreads.com

Buku bergambar Suzanne Del Rizzo, My Beautiful Birds, mengenai Sami, budak lelaki Syria yang meninggalkan haiwan kesayangannya, burung merpati yang terlatih ketika keluarganya melarikan diri ke kem pelarian di Jordan; dia akhirnya mendapat keselesaan dalam menjaga burung liar di kem tersebut.

Goodreads/goodreads.com

Buku paling popular, Marwan’s Journey, telah diterbitkan pada bulan Mei.

“Teks yang terkandung sangat ekspresif dan indah serta disampaikan dengan begitu sempurna,” kata Deborah Sloan yang bertanggungjawab untuk memasarkan buku gambar ini yang mengisahkan seorang budak lelaki dalam sebuah perjalanan yang penuh bahaya. Sloan berkata jualan buku ini sangat laris dan telah diterbitkan sebanyak dua kali.

Pengarang Alan Gratz sering dikreditkan sebagai yang memulakan trend dengan bukunya, Refugee sebagai judul terlaris New York Times yang mengejutkan pada tahun 2017.

Pajama Press/pajamapress.com

“Kehidupan pelarian sangat berbahaya dan sangat luar biasa, dan begitu luar biasa bahawa saya tidak perlu menambah apa-apa,” katanya. Kehidupan pelarian lebih luar biasa daripada fiksyen. “

Novelnya menyusun cerita tiga kanak-kanak: seorang budak lelaki Yahudi yang keluarganya cuba melarikan diri daripada Nazi Jerman di sebuah kapal bernama St. Louis sekitar tahun 1940-an; seorang gadis Cuba yang melarikan diri ke Havana di atas rakit pada tahun 1994 dan Mahmoud, budak lelaki Syria yang melarikan diri dari Aleppo dalam perjalanan ke Eropah bersama keluarganya.

“Pelarian cuba untuk meletakkan apa yang berlaku pada masa kini dalam konteks sejarah,” kata Gratz. “Kita terus membuat kesilapan yang sama … generasi demi generasi, kita terus memalingkan orang di depan pintu yang memerlukan bantuan.”

Kisah Refugee

Refugee popular dalam kalangan guru dan pustakawan sebagai cara untuk menjelaskan krisis semasa kepada kanak-kanak. Gratz telah dijemput untuk bercakap di seluruh negara – beliau berkata, dia telah melawat lebih daripada 100 buah sekolah pada tahun lepas, dan dia telah ditempah untuk 100 tahun lagi.

“Saya pergi ke beberapa sekolah di mana mereka mempunyai 85% pelarian. Mereka melihatnya, mereka hidup, mereka merasakannya,” katanya.

Matlamatnya dalam menulis watak Mahmoud Bishara yang berusia 12 tahun itu adalah untuk memperlihatkan bahawa protagonis muda Syria adalah seperti pelajar sekolah menengah di Amerika yang membaca kisahnya.

“Dia menonton Teenage Mutant Ninja Turtles di televisyen, dia melakukan kerja rumah matematik untuk sekolah, dan dia berharap untuk pergi ke kolej,” kata Gratz. “Kemudian bom jatuh ke rumahnya, dan mereka menjadi pelarian.”

Robin Russell mengajar pelajar mengenai kemanusiaan di Open Window School di Bellevue, Washington. Dan dia menyerahkan banyak novel pelarian ke kelasnya. “Ia bukan hanya menghafal fakta,” katanya. “Menubuhkan sambungan … ia menjadikannya lebih peribadi dan anda boleh berhubung dengan orang lain melalui sifat kemanusiaan yang ada dalam diri.”

Amazon/amazon.com

Pelajarnya berkumpul melalui temu bual video menggunakan aplikasi Skype baru-baru ini untuk bercakap tentang apa yang mereka pelajari. Rayhan Khanna mengatakan watak-watak dalam Refugee adalah dari pelbagai tempat di dunia tetapi mereka semua saling berhubungan dengan cara ini untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Rakan kelas, Tendo Lumala mengatakan bahawa novel ini menunjukkan kesukaran sebagai seorang pelarian, kerana anda perlu membuat keputusan yang sukar. “Bukan kerana anda melakukan sesuatu yang salah, itu kerana keadaan yang sememangnya bukan disebabkan oleh kesilapan anda sendiri.” Dan Rachel Hines mengatakan novel-novel tentang kisah pelarian-pelarian ini membantunya memahami krisis untuk pertama kali. “Saya menyedari bahawa stereotaip itu tidak benar.”

Dengan begitu banyak konflik yang sedang berlangsung, kini terdapat buku-buku yang menerangi pengalaman pelarian di seluruh dunia dan sepanjang sejarah. A Long Walk to Water, hasil tulisan Linda Sue Park, menceritakan kisah seorang gadis Sudan berusia 11 tahun pada tahun 2008 yang terpaksa berjalan beberapa batu setiap hari untuk air, dan salah satu “anak lelaki yang hilang,” dalam perjalanan ke kem pelarian pada tahun 1985. Terdapat buku mengenai pelarian Hmong, orang Nigeria dan anak Inggeris yang dihantar ke Kanada untuk perlindungan keselamatan semasa Perang Dunia Kedua. Tetapi pendidik Rosetta Eun Ryong Lee berkata gelombang novel baru kadang-kadang dianggap terlalu sensitif untuk kelas.

Amazon/amazon.com

“Saya merasa sedih bahawa kita tidak dibenarkan menceritakan semua kisah ini,” katanya. Lee adalah pakar jangkauan untuk sekumpulan sekolah di seluruh negara, dan, dia menambah, “sesetengah sekolah mengatakan topik ini terlalu sensitif untuk dibincangkan.”

Alan Gratz berkata dia mengalu-alukan jemputan pelawaan ke sekolah dengan para hadirin yang bersikap skeptikal. “Saya melawat banyak kawasan Selatan terutamanya, di luar bandar, kadang-kadang jualan tidak begitu baik.” katanya. “Saya pergi, ada orang yang sudah mencari saya dan mereka mencabar saya melalui platform sosial media sebelum saya sampai ke sekolah tersebut.”

Dia adalah penceramah yang menarik, yang mencabar pelajar untuk mempersoalkan anggapan mereka. “Mereka mengulangi perkara yang mereka dengar daripada keluarganya, atau dari berita, atau dari komuniti tempatan mereka. Saya boleh masuk ke sana dan saya boleh berkata, ‘Tunggu, tunggu, tunggu, baca buku ini, mari kita bercakap tentang apa yang sebenarnya berlaku. ‘”

“Jika mereka menyimpan pendapat itu, itulah prerogatif mereka,” kata Gratz, “tetapi saya tahu bahawa orang ramai telah berubah fikiran mereka melalui buku tentang pelarian untuk kanak-kanak.” #

Comments

comments