Dewih Haris

Pelatih di Unit Editorial, Kota Buku/MukaSurat.my. Pelajar tahun akhir Kesusasteraan Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

TERDAPAT satu ikatan persamaan antara usahawan dan jutawan yang paling berjaya di dunia, dan anda boleh menemuinya di perpustakaan tempatan anda.

Tidak terlalu berasa selesa dengan kedudukan mereka, banyak jutawan yang obses dengan membaca buku.

Ini bukan satu kebetulan. Sepanjang 30 tahun yang lepas, Steve Siebold telah menemu duga seramai 1200 orang terkaya di dunia. Apa yang diperhatikan secara umum, mereka melangkau tabloid dan majalah untuk meningkatkan pengetahuan mereka dengan membaca.

“Berjalan ke rumah orang kaya,” Siebold menulis dalam bukunya, How Rich People Think, “dan salah satu benda pertama yang akan anda lihat ialah sebuah perpustakaan yang luas yang digunakan untuk mendidik mereka sendiri bagaimana menjadi lebih berjaya.”

Charlie Munger
FORBES/forbes.com

Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway, Warren Buffett menghabiskan kira-kira 80 peratus sehari dengan membaca. Begitu juga dengan orang kanannya yang merupakan ulat buku. Naib pengarah Berkshire Hathaway, Charlie Munger mempunyai nilai bersih kira-kira 1.4 bilion dolar.

Munger dalam nada bergurau berkata, dia sangat suka membaca sehinggakan anaknya menganggap dia sebagai sebuah “buku dengan yang berkaki dua”.

Beberapa tahun dahulu, Munger pernah menjelaskan kepada Steven Goldberg dalam Kiplinger tentang bagaimana dia dan Buffett meletakkan penekanan pada membaca dan belajar secara berterusan:

“Saya dan Warren lebih banyak membaca dan berfikir dan kurang bertindak tidak seperti apa yang dilakukan kebanyakan orang dalam perniagaan. Kami berbuat demikian kerana selesa dengan kehidupan seperti itu, tetapi kami menjadikan sifat aneh ini sebagai hasil yang positif bagi diri kami. Masa tersedia hampir setiap hari hanya untuk duduk dan berfikir. Benda ini sangat jarang dalam perniagaan Amerika. Kami membaca dan berfikir.”

Cadangan buku: Fiasco: The Inside Story of a Wall Street Trader by Frank Partnoy

Elon Musk
TED/ted.com

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk nampaknya beroperasi pada gelombang yang berbeza. Elon Musk sebagai pembaca yang paling produktif di dunia dan sentiasa akan produktif merupakan kenyataan yang tidak menghairankan.

Membesar di Afrika Selatan, Musk dikenali sebagai pelajar yang paling kecil dan paling muda dalam kelasnya. Dia menghabiskan masanya dengan membaca buku secara obsesif, bukan semata-mata untuk keseronokan, tetapi untuk menambah pengetahuan. Musk menyifatkan dirinya sebagai ulat buku dalam temu bual Bloomberg dan akan membaca sebanyak dua buah buku setiap hari.

Apabila ditanya bagaimana dia belajar membina roket, Musk memberi jawapan mudah: “Saya membaca buku.”

Cadangan buku: Jim Cantrell, seorang perunding aeroangkasa yang menjadi sebahagian daripada pasukan pengasas SpaceX berkata, Musk meminjam buku-bukunya untuk belajar tentang sains roket tapi tidak pernah memulangkannya kembali.

  1. Rocket Propulsion Elements oleh George P. Sutton, Oscar Biblarz
  2. Fundamentals of Astrodynamics oleh Roger R. Bate, Donald D. Mueller, Jerry E. White
  3. International Reference Guide to Space Launch Systems oleh S. Isakowitz, J. Hopkins, J. Hopkins Jr
  4. Elements of Propulsion: Gas Turbines and Rockets oleh J. Mattingly, H. von Ohain
Oprah Winfrey
PSYCHOLOGIES/psychologies.com

Seperti yang ditunjukkan menerusi kelab buku terkenal beliau, bekas pengacara rancangan temu bual yang berhati baik ini sangat suka membaca buku. Melalui membaca, Oprah berjaya keluar daripada zaman kanak-kanaknya yang penuh kemiskinan sehingga mencapai kekayaan. Membaca memberi ilham kepadanya untuk melihat lebih daripada permulaan kehidupannya yang sederhana dan mula berfikir bagaimana dunia ini boleh diubah.

“Buku merupakan cara saya untuk mencapai kebebasan diri” – Oprah Winfrey

“Saya mula belajar membaca seawal usia tiga tahun dan kemudian mendapati terdapat dunia yang belum ditakluk jauh daripada ladang kami di Mississippi.” kata Winfrey.

Oprah meneruskan kecintaannya terhadap buku melalui kelab bukunya. Dalam jangka masa 15 tahun yang pertama, Kelab Buku Oprah memperlihatkan tujuh puluh buah buku kegemarannya.

Cadangan buku: Discover the Power Within You oleh Eric Butterworth

Mark Zuckerberg
CNET/cnet.com

Setiap tahun, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg akan membuat satu Resolusi Tahun Baru. Dan Mark Zuckerberg akan berpegang pada resolusi itu. Selama setahun, dia akan membuat resolusi untuk belajar Mandarin. Tahun seterusnya, matlamatnya adalah untuk membaca sebanyak dua buku setiap bulan.

Zuckerberg menyelesaikan cabaran itu, belajar sedikit dari pengembaraan pembacaannya yang pelbagai.

“Membaca memberikan saya banyak perspektif mengenai beberapa topik – daripada sains hingga agama, daripada kemiskinan hingga kemakmuran,  daripada kesihatan hingga keadilan sosial, daripada falsafah politik sehingga dasar luar dan daripada sejarah sehingga ke fiksyen futuristik. Cabaran ini telah memberikan saya banyak pengetahuan, dan dengan harapan yang besar dan optimis, saya yakin masyarakat kita dapat berkembang dengan lebih lagi dalam kesemua bidang ini.”

Jika Mark Zuckerberg yang sibuk sekalipun boleh mencuri masa dengan membaca dua buah buku dalam masa seminggu, anda juga boleh melakukannya.

Cadangan buku: The Beginning of Infinity oleh David Deutsch

Bill Gates
MAKEUSOF/makeuseof.com

Pada tahun lepas, Mark Zuckerberg yang membaca sebanyak dua puluh empat buah buku adalah satu perkara yang mengagumkan, pengasas Microsoft, Bill Gates telah membaca dua kali ganda daripada Zuckerberg. Bill Gates, lelaki terkaya di dunia, membaca kira-kira lima puluh buah buku setahun, sekitar sebuah buku setiap minggu.

Gates masih melihat jalan utama untuk belajar dan memahami adalah dengan membaca. Dia tidak menggunakan tablet, dan lebih selesa menggunakan buku fizikal.

Gates sangat suka membaca buku dan juga membuat reviu melalui laman blognya, Gates Notes.

Seorang penulis ruang New York Times pernah bertanyakan Gates mengenai peranan membaca dalam kehidupannya. Dan jawapannya;

“Ia adalah salah satu cara utama yang saya pelajari, dan sejak saya masih kecil. Kini saya juga dapat melawat tempat-tempat menarik, berjumpa dengan saintis dan menonton banyak kuliah secara dalam talian. Namun membaca masih menjadi cara utama saya untuk belajar benda baru dan menguji pemahaman saya.”

Cadangan buku: Business Adventures oleh John Brooks – buku pertama yang pernah disarankan oleh Buffett kepada Gates. #

Comments

comments