Dewih Haris

Pelatih di Unit Editorial, Kota Buku/MukaSurat.my. Pelajar tahun akhir Kesusasteraan Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

SETELAH 15 tahun beroperasi, kedai buku MPH cawangan 1Utama disahkan tutup.

Lot kedai MPH di pusat beli belah terkenal di Petaling Jaya itu ditutup dengan mesej ringkas;

Sumber foto: facebook.com/komika

“Dengan berat hati, kami dari MPH 1 Utama mengucapkan selamat tinggal. Terima kasih atas sokongan yang berterusan selama ini dan membenarkan kami berkhidmat untuk anda selama 15 tahun. Kami berharap dapat membantu anda melalui laman web kami yang telah diperbaharui.”

Menurut sumber yang diperoleh melalui laman web MPH, kini tinggal kurang daripada 30 cawangan MPH yang terdapat di Malaysia berikutan penutupan cawangannya di 1 Utama.

Menurut laporan SAYS Malaysia, kemudahan kedai buku dalam talian serta peningkatan popular terhadap buku digital menyebabkan kebanyakan kedai-kedai buku perlahan-lahan menutup operasinya. Dengan mengambil contoh rangkaian kedai buku Borders, portal suka ramai itu mendedahkan jumlah kedai buku Borders semakin berkurangan berikutan pengumuman bankrap oleh rangkaian kedai buku tersebut di Amerika Syarikat pada tahun 2001.

Kebanyakan kedai buku kini juga meluaskan fungsi dengan menjual barangan seperti aksesori teknologi, gajet, permainan dan barangan hobi terkumpul demi menampung penurunan jualan buku. #

Comments

comments