Shamsul Amin

Penulis, editor dan tukang cerita.

KELAB buku oleh selebriti kini bukan lagi sesuatu yang asing di Hollywood. Daripada Reese Witherspoon hinggalah kepada Lena Dunham, selebriti generasi baharu di sana masing-masing melancarkan kelab buku mereka sendiri dan memanfaatkan kuasa media sosial untuk berkongsi bacaan kegemaran mereka.

Jika anda ulat buku seperti kami dan memerlukan cadangan bahan bacaan terbaharu (selain yang anda boleh dapati daripada syor rakan-rakan bibliofil, Goodreads dan Litsy), kalian boleh tenang sekarang. Kami rangkumkan kelab buku selebriti Hollywood yang boleh anda klik butang ‘follow’ di media sosial dan percayalah, berbaloi untuk anda ikuti.

1. Belletrist oleh Emma Roberts


Emma Roberts membicarakan segala-galanya tentang buku di media sosialnya, daripada keluaran terbaharu sehinggalan koleksi kesusasteraan nadir yang sukar didapati lagi, melalui kelab buku atas taliannya, ‘Belletrist’. Dalam kolaborasi bersama pengarang Karah Preiss, pelakon siri Scream Queen itu juga lazim duduk bersama penulis kegemarannya untuk temu bual eksklusif, buat tatapan pengikut kelab bukunya.

 

2. Oprah’s Book Club oleh Oprah Winfrey

Oprah memulakan kelab bukunya sendiri bermula tahun 1996 dan 20 tahun kemudian, sehingga kini, kelab buku ini masing berlangsung dengan jayanya! Kelab buku milik maestro media terkemuka dunia itu antara lain menampilkan buku-buku yang disyorkan sendiri oleh Oprah, temu bual bersama pengarang serta panduan buku. Ini menjadikan kelab buku Oprah paling gah antara kebanyakan selebriti.

 

3. Reese’s Book Club oleh Reese Witherspoon


Kelab Buku Reese Witherspoon boleh dikatakan bermula hanya sebagai endeavour secara santai di media sosial. Namun demikian, seperti apa-apa sahaja yang dilakukan oleh aktres tersebut, kelab buku tersebut menempa kejayaan. Dengan pengikut seramai lebih 600 000 di Instagram kelab buku tersebut, bacaan pilihan bulanan Reese pasti akan mendapat sambutan hangat daripada pembaca.

 

4. Our Shared Self oleh Emma Watson

Emma Watson memulakan kelab buku feminisnya, Our Shared Shelf, untuk memberikan inspirasi dan menggalakkan lebih ramai wanita untuk membaca novel-novel berinspirasikan feminism. Duta global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB/UN) itu secara secara lazim turun ke jalan-jalan untuk menyembunyikan buku-buku di di lokasi rahsia yang tertentu untuk dibaca oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia.

 

5.  SJP Picks oleh Sarah Jessica Parker

Pelakon diiktiraf anugerah dan penerbit, Sarah Jessica Parker juga memiliki kelab bukunya sendiri melalui perkongsian pintar dengan ALA Book Club Central. SJP seorang bibilofil tegar. Beliau secara aktif berkongsi bacaan kegemarannya melalui Instagram.

6.  Lenny Letter oleh Lena Dunham

We out here so excited about this book of the century!!! 🍇

A post shared by Lena Dunham (@lenadunham) on

Lena Dunham juga seorang pembaca tegar yang sentiasa berkongsi buku kegemarannya di Instagram. Aktres ini juga memiliki kelab bukunya sendiri, kolaborasi bersama Jenni Konner, dijenamakan sebagai Lenny Letter. Aktres ini berkongsi bacaan pilihannya setiap Khamis dengan menyertakan tanda pagar #LitThursday

Pada pemerhatian penulis, dalam landskap di Malaysia, masih belum ada kelab buku oleh selebriti dengan jenama yang kukuh. Jika ada pun selebriti yang membaca, bacaan tersebut dikongsikan sebagai perkongsian bersama peminat melalui Instagram Story atau hantaran media sosial lain seperti yang dilakukan oleh Neelofa dan Lisa Surihani.

Tidak mengharapkan semata-mata selebriti untuk meluaskan budaya membaca, tetapi alangkah baik bukan, jika selebriti seperti Neelofa, dengan pengikut seramai 5.6 juta di Instagram, memulakan gerakan membacanya sendiri bersama peminat-peminat?

Comments

comments