Nadhiya Norizam

Executive Editor at Perbadanan Kota Buku

PERPUSTAKAAN. Apakah perkataan pertama yang anda fikirkan apabila mendengar perkataan ini? Buku? Ilmu? Pustakawan? Bosan? Senyap? Mahukah anda mengubah perpustakaan menjadi sebuah ruang yang ceria dan tidak membosankan terutamanya untuk manfaat  golongan kanak-kanak yang sering kali menganggap perpustakaan sebuah tempat yang tidak langsung menarik minat mereka untuk disinggahi?


The Library Initiative adalah nama program dalam salah satu usaha yang dilakukan oleh sebuah yayasan di  New York yang menggelar diri mereka sebagai Robin Hood Foundation. Misi utama organisasi ini adalah untuk menentang kemiskinan. Robin Hood Foundation telah memperkenalkan satu usaha untuk membentuk semula perpustakaan-perpustakaan di sekolah-sekolah awam dari dana yang dikumpul dari entiti korporat.

Apa kata anda saksikan sebuah klip video berdurasi pendek dari Rancangan Ted Talks  yang memaparkan Michael Bierut sebagai salah seorang pembicara jemputan dalam rancangan ini.

Michael Bierut ialah seorang rakan niaga di Pentagram yang merupakan syarikat terbesar di dunia yang menawarkan khidmat konsultansi dalam seni reka bentuk.

Michael Bierut
Sumber: Pentagon.com

Yang menarik tentang ucapan Michael Bierut, idea membentuk semula perpustakaan untuk menampilkannya lebih menarik datang dari buah fikiran beliau yang beliau sendiri tidak menyangka mendapat sambutan dan permintaan dari para pustakawan lain untuk turut sama mengaplikasikan idea tersebut bagi perpustakaan mereka!

Bermula dari sekadar meminta bantuan dari isteri beliau, Dorothy, seorang jurugambar untuk meletakkan gambar-gambar pelajar sekolah yang bersaiz besar di ruang dinding kosong tersebut untuk dijadikan mural, idea beliau ini mula menerima lebih banyak permintaan dari pihak perpustakaan dan sekaligus membabitkan lebih banyak nama besar dalam usaha menghias perpustakaan di sekolah-sekolah awam New York! 

Mari kita lihat beberapa koleksi gambar menarik beberapa buah perpustakaan sekolah awam di New York yang mengaplikasikan idea mural Michael Bierut!

Sumber: Pentagon.com
Sumber: Pentagon.com
Sumber: Pentagon.com

Pada mulanya beliau sekadar dipelawa untuk menyumbangkan idea bagi reka bentuk logo baru bagi usaha Robin Hood dalam membentuk semula perpustakaan-perpustakaan di sekolah awam yang terdapat di sekitar New York. Namun, apabila salah seorang dari arkitek yang terlibat dalam projek The Library Initiative menghubungi beliau untuk meminta cadangan mural yang boleh diletakkan di ruang dinding kosong yang terletak di bahagian atas rak sebuah perpustakaan kanak-kanak, Michael tidak menyangka sama sekali bahawa ia akan mendapat sambutan ramai!

Logo rekaan Michael Bierut bagi projek The Library Initiative
Sumber: urbanomnibus.net

Comments

comments