34 judul buku tercantik Malaysia ke persada antarabangsa

SENARIO industri perbukuan di Malaysia semakin hari menampakkan peningkatan. Masakan tidak, sempena Pesta Buku Frankfurt 2017; pesta buku terbesar di dunia, lebih 34 buah buku karya penulis dan ilustrator tempatan telah dihantar untuk pencalonan Anugerah Buku Cantik kategori pilihan / undian umum. Pencalonan ini memberi gambaran pengkarya di Malaysia sudah mencapai tahap tertentu dan bersedia untuk menerima kritikan daripada pemain industri global. Hal ini juga memungkinkan bahawa lebih banyak penyertaan anugerah di peringkat antarabangsa yang memangkin kualiti karya tempatan ke peringkat lebih tinggi. Tidak dinafikan sudah ada karya tempatan pernah…

“Sastera harus merakam realiti masyarakat”- A. Samad Said

KALAU kita menyusur ke jalanan, bertanya kepada orang awam secara rambang; jika kita menyebut sastera Malaysia, siapakah wajah yang terbayang dalam bayangan mereka? Jawapannya rata-rata pasti A. Samad Said. Nama Sasterawan Negara keempat ini begitu ikonik dengan sastera tanah air, malah penampilannya sering diperhatikan. A. Samad Said, yang baru-baru ini baru sahaja dianugerahkan pingat kebesaran Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Haji Abbas yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ memiliki bicara yang tersusun, santun tetapi…

San Diego Comic-Con 2017: Peranan Komik dalam Perpustakaan dan Sekolah

KONVENSYEN Antarabangsa Komik San Diego (San Diego Comic-Con) yang bakal diadakan di California, merupakan pesta dan acara perkumpulan penerbit, pengkarya dan peminat komik yang terbesar di Amerika Syarikat. Mereka bekerjasama dengan Perpustakaan Awam San Diego dalam mengacarakan Comic Conference for Librarians and Educators (Persidangan Komik untuk Pustakawan dan Pendidik) pada 19-23 Julai 2017. Panelis yang akan berada di sana disenaraikan di bawah. Untuk mendapatkan jadual penuh, sila ke laman sesawang Perpustakaan Awam San Diego untuk maklumat lanjut. Rabu, 19 Julai 2017 ■ 4–6 petang. Teaching with Comics: An Interactive Workshop…

Bagaimanakah rupa perpustakaan sekolah pada tahun 2X50?

DALAM era ledakan digital masa kini, adakah perpustakaan kini dilihat sebagai satu anakronisme; suatu premis yang sewajarnya berfungsi sebagai peti ilmu pengetahuan tetapi tujuannya tidak lagi bertepatan dengan aspirasi dunia digital? Konsep perpustakaan sekolah kini dicabar oleh dunia digital. Dengan kapasiti untuk memuat naik buku-buku digital ke dalam rangkaian peranti digital memungkinkan pada masa akan datang, perpustakaan dilihat sebagai sesuatu yang tidak diperlukan oleh anak-anak muda; generasi Y2K. Mengapa harus pergi ke suatu ruang yang hanya menyimpan dan mengedarkan buku-buku– fikir mereka. Murid-murid kini sudah siap sedia dengan tablet di…

Shaz Johar wakili Malaysia ke program residensi ASEAN Literary Festival 2017

JAKARTA– Penulis novel Kougar dan Tabu terbitan Buku Fixi, Shaz Johar, antara 11 penulis seluruh ASEAN yang diumumkan terpilih mengikuti program residensi ASEAN-Japan yang diadakan bersempena Festival Sastera ASEAN di Kota Tua, Jakarta Barat, Ogos ini. Perkara tersebut diumumkan oleh sekretariat ASEAN Literary Festival 2017 melalui laman Twitter mereka, semalam. Here it is the eleven ASEAN writers selected to join ASEAN-Japan Residency Program 2017. Congratulations and see you in Jakarta! #ALF2017 pic.twitter.com/fuen5S6gfS — ASEAN Literary Fest (@ASEANLitFest) July 5, 2017 Shaz Johar terpilih mengikuti program tersebut bersama sepuluh penulis ASEAN…

7 perpustakaan tercantik di dunia

PERPUSTAKAAN; selain daripada buku-bukunya yang rencam judul, bahasa dan genre dan juga susun atur raknya yang kemas, sistematik dan teratur, kesunyiannya juga selalu menjadi ‘kerinduan’ buat para pencinta buku untuk datang dan duduk di dalamnya. Orang datang ke perpustakaan atas banyak sebab dan tujuan. Yang lazim, orang datang ke kutubkhanah ialah untuk membaca buku kegemaran. Mungkin sahaja yang datang ke perpustakaan itu juga ialah seorang pelajar, bersama komputer riba membuat penyelidikan bagi disertasinya dengan merujuk jurnal yang diperlukan. Ada juga yang datang ke perpustakaan untuk mendapatkan akses wifi bagi memuat…

Azzam Supardi, penulis ‘Aku Hidup Dalam Blues’ meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Penulis novel grafik bersiri “Aku Hidup Dalam Blues”, Azzam Supardi, 50, dilaporkan meninggal dunia pagi tadi sekitar jam 7 pagi di Pusat Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) akibat sakit jantung. Berita tersebut dikongsikan oleh oleh abang ipar penulis tersebut yang juga merupakan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad, melalui status Facebooknya awal pagi ini. “Berita duka: adik ipar saya Mohd Azzam Supar antara penulis buku terbitan Sindiket Soljah baru meninggal dunia di Hospital Kampus UiTM Sg Buloh akibat sakit jantung.” Jenazah Allahyarham telah dikebumikan…

Sharjah dinamakan sebagai Kota Buku Dunia UNESCO 2019

PERTUBUHAN Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) telah menamakan kota Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai Kota Buku Dunia (World Book Capital) bagi tahun 2019. Sharjah, yang terkenal dengan jolokan ibu kota kebudayaan bagi negara-negara Arab merupakan kota ke-19 yang dipilih UNESCO kerana permohonannya yang bercirikan inovatif, komprehensif dan inklusif yang merangkumi aktiviti berfokuskan komuniti dan bermatlamat untuk meningkatkan penglibatan seluruh kota yang mempunyai populasi migran yang besar. Dengan memperkenalkan slogan “Read– you are in Sharjah” (Baca– anda sekarang berada di Sharjah), program yang dirangka akan merangkumi enam tema: inklusifiti, pembacaan,…