Oyez! Books jalin kerjasama penerbitan antarabangsa di BIBF

BEIJING— Penerbit buku kanak-kanak tempatan terkemuka, Oyez! Books memeterai penerbitan bersama dengan empat negara lain di Pesta Buku Antarabangsa Beijing (BIBF 2017), minggu lalu. Kerjasama tersebut melibatkan penerbitan dari lima negara iaitu Oyez! Books dari Malaysia, Chinese Jilin Publishing Group dan IlluSalon (China), English Corner Publishing (Singapura), Mizan Publishing (Indonesia) dan Moker (Taiwan). Majlis pelancaran kerjasama tersebut telah diadakan di BIBF, Rabu lepas. Kerjasama penerbitan ini dalam rangka menerbitkan Shy Rabbit hasil karya penulis buku kanak-kanak dan ilustrator berbakat Indonesia, Evi Shelvia yang diwakili oleh Yusof Gajah Lingard Literary Agency, Malaysia.…

Musim suram industri buku: adakah hanya sementara?

POLEMIK mengenai realiti industri buku di Malaysia kini tampaknya sudah berubah suhu daripada lembab kepada suasana panas.  Isu ini banyak diperkatakan di mana-mana sahaja medium yang akrab dengan industri perbukuan negara mutakhir ini. Seperti juga industri-industri yang lain, situasi kelembapan ekonomi dunia telah mempengaruhi kuasa beli pengguna sekali gus menjadikan kuasa membeli buku bukan pada tahap yang sepatutnya.  Kita sebenarnya tidak kurang pembaca, kita cuma kurang pembeli buku. Industri buku juga salah satu cabang perniagaan.  Kos penerbitan yang semakin meningkat menyebabkan penerbit tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menerbitkan buku dengan…

Delegasi Malaysia ke Beijing International Book Fair 2017

DELEGASI Malaysia yang diketuai Perbadanan Kota Buku (PKB) sekali lagi menyertai Pesta Buku Antarbangsa Beijing atau Beijing International Book Fair 2017 (BIBF).  Pesta buku terbesar di China ini telah memasuki tahun kesembilan penganjurannya dan ini  penyertaan Malaysia kali ketiga. Pesta Buku itu akan berlangsung bermula 23 hingga 27 Ogos depan. PKB diketuai Pengurus Kanan, Hasri Hasan bersama empat penerbit tempatan iaitu Oyez! Book, Pelangi Publishing, Odonata Publishing dan Armcrest Industries serta wakil dari Han Culture dan KB Asia Sdn Bhd. Sempena penyertaan delegasi Malaysia ke Beijing, PKB juga terlibat dalam…

Pasca-PBAKL #4: Apakah faktor pilihan pembaca ketika membeli buku di PBAKL 2017?

KETIKA memilih buku, apakah kriteria yang penting kepada pembeli? Faktor ini menjadi lebih penting apatah lagi ketika pembeli itu hanya ada sumber kewangan yang terhad. Mereka harus memaksimumkan kuasa beli mereka dengan membeli apa yang mereka mahu baca sahaja. Faktor ini juga penting kepada penerbit kerana menjadi satu kayu ukur kepada kesediaan mereka untuk menyediakan buku-buku yang mahu dibeli oleh sebahagian besar pengunjur dan tidak dipanggil ‘syok sendiri’. Ketika memilih buku, 31% peratus pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ini ini memilih isi kandungan sebagai faktor utama mengapa…

Kartunis Mat Despatch, Lengkuas meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Kartunis Mat Despatch dan Yob Peon, Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Salleh, 53 (gambar) dilaporkan meninggal dunia pagi tadi di Hospital Selayang dipercayai akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang. Berita kematian itu disampaikan menerusi Facebook Bekazon. “Kami baru dapat berita kartunis Lengkuas (Mat Despatch) telah kembali ke rahmatullah pagi tadi, Allahyarham merupakan seorang yang berjasa pada industri komik tempatan dan sahabat yang tak pernah putus asa.” Allayarharham Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Saleh, 53, dipercayai meninggal dunia akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang. Beliau mempunyai pengalaman berkarya…

Geraba(k)ata: Puisi kota antara gerabak

KUALA LUMPUR: Jika anda menggunakan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan menukar laluan daripada aliran Kelana Jaya ke aliran Sri Petaling/Ampang (atau sebaliknya), pasti anda akan melalui terowong pejalan kaki bawah tanah stesen LRT Masjid Jamek yang dihiasi dengan puisi dan ilustrasi karangan penyair-penyair terpilih tanah air. Inisiatif pemaparan puisi ke dalam bentuk visual (puisi dan ilustrasi) ini diberi nama Geraba(k)ata, yang merupakan gabungan perkataan “gerabak” dan “kata” dan menjadi tema mural sepanjang 100 meter ini. Pameran mural yang akan berlangsung dari Ogos sehingga September ini antara lain memuatkan puisi-puisi…