Shamsul Amin

Penulis, editor dan tukang cerita.

BEIJING— Penerbit buku kanak-kanak tempatan¬†terkemuka, Oyez! Books memeterai penerbitan bersama dengan empat negara lain di Pesta Buku Antarabangsa Beijing (BIBF 2017), minggu lalu.

Kerjasama tersebut melibatkan penerbitan dari lima negara iaitu Oyez! Books dari Malaysia, Chinese Jilin Publishing Group dan IlluSalon (China), English Corner Publishing (Singapura), Mizan Publishing (Indonesia) dan Moker (Taiwan). Majlis pelancaran kerjasama tersebut telah diadakan di BIBF, Rabu lepas.

Kerjasama penerbitan ini dalam rangka menerbitkan Shy Rabbit hasil karya penulis buku kanak-kanak dan ilustrator berbakat Indonesia, Evi Shelvia yang diwakili oleh Yusof Gajah Lingard Literary Agency, Malaysia.

Kota Buku sebagai agensi peneraju BIBF mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Oyez! Books atas inisiatif kerjasama ini.

Comments

comments