Nisah Haron terima Hadiah Sasterawan Muda MASTERA 2017

JAKARTA: Pengarang wanita terkemuka, Nisah Haron, menerima Hadiah Sasterawan Muda Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA). Pengarang yang juga bekas peguam dan pengusaha kedai buku atas talian diumumkan sebagai penerima bagi tahun 2017 dalam satu sidang MASTERA yang diadakan di Hotel Sari Pan Pacific, Jakarta, hari ini. Anugerah tersebut sebelum ini pernah diterima beberapa sasterawan Malaysia, antara lain Faisal Tehrani, SM Zakir, Siti Jasmina Ibrahim dan Rahimidin Zahari sejak diperkenalkan pada tahun 2000. Dalam laporan BH pada hari ini, Nisah berkata, pemilihan beliau sebagai penerima hadiah tersebut merupakan testimoni terbaik untuk memetakan…

Buku + YouTube: 7 BookTuber Malaysia yang perlu anda kenal

PERNAH dengar perkataan “BookTube”? Pasti kebanyakan anda pertama kali mendengar perkataan ini seraya bertanya “apakah itu?” Mungkin juga ada sebahagian yang lain pernah mendengar perkataan BookTube tetapi tidak pasti, di Malaysia, wujudkah komuniti BookTube dan penggiat-penggiatnya? BookTube; kedengaran seperti YouTube, bukan? BookTube ialah gabungan dua perkataan iaitu book (buku) dan YouTube lalu membentuk BookTube. Ya, anda tidak salah lagi. BookTube ialah satu komuniti di YouTube yang menggerakkan aktiviti resensi buku dan vlog (blog video) berkenaan dunia pembacaan dan aktiviti perbukuan. Gerakan ini semacam komuniti atau subset yang lain dalam dunia video YouTube…