Pencipta Pokemon Go lancar mainan mudah alih Harry Potter 2018

NIANTIC Labs, pengusaha permainan mudah alih Pokemon Go dilaporkan bakal melancarkan permainan interaktif adaptasi siri novel Harry Potter, pada tahun hadapan. Syarikat augmented reality di sebalik permainan animasi Pokemon itu bakal melancarkan permainan yang diberi nama Harry Potter: Wizards United pada tahun 2018, dalam rangka membangunkan aplikasi permainan tersebut bersama Warner Bros. Interactive Entertainment. “Pengguna aplikasi tersebut nanti akan dapat mempelajari jampi, meneroka kawasan kejiranan dan bandar masing-masing untuk menentang haiwan legenda serta membentuk pasukand engan pengguna lain untuk mengalahkan musuh mereka” kata Niantic dalam satu pengumuman yang dibuat melalui…

Emila Yusof finalis Little Hakka 2017

KUALA LUMPUR:  Penulis dan ilustrator berbakat Malaysia, Nor Emila Mohd Yusof (Emila Yusof), terpilih sebagai finalis pertandingan buku bergambar antarabangsa, 1st Little Hakka International Picture Book Competition (Little Hakka 2017). Karya asli beliau berjudul, Grandma’s Flowering Tea, disenarai akhir dalam pertandingan tersebut menerusi subkategori cerita baru Little Hakka, di bawah kategori C, kumpulan tema. Karya Emila Yusof lain yang turut menjadi finalis dalam pertandingan tersebut ialah Puteri Gunung Ledang dan How The Rooster Became the Zodiac Animal di bawah kategori A, subkategori A-1 iaitu karya-karya yang diterbitkan. Kedua-dua judul  tersebut…