PRPM: DBP tampil versi terkini

BAHASA ibunda kita di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah melangkah jauh dengan usaha penyeragaman serta pembakuan bahasa. Walau apa pun kritikan yang dihalakan kepada DBP, tindakan standardisasi bahasa adalah kritikal dalam memelihara kelestarian bahasa kebangsaan sekali gus memungkinkan pembinaan identiti rakyat Malaysia dalam rangka sebuah negara bangsa. Sejauh manakah penambahbaikan baharu DBP terhadap aplikasi atas talian mereka, Pusat Rujukan Persuratan Melayu versi kedua (PRPM v2) merealisasikan cita-cita itu? Sarat ciri dan entri Khalayak PRPM sebenarnya tidaklah terhad kepada golongan pelajar dan peminat bahasa sahaja. Aplikasi ini turut dimanfaatkan…

Sorotan industri buku sepanjang 2017

Januari 31 Januari– Pertubuhan NGO Buku Warisan ditubuhkan dengan rasmi dan diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan.   Februari Februari – Baucar Buku 1 Malaysia yang bernilai RM250 juta diumumkan akan diedarkan dalam bentuk kad debit. Hal ini bukan sahaja dibantah oleh industri buku malah keputusan ini muktamad dan Bank Rakyat dipertanggungjawabkan untuk menguruskannya bagi tahun 2017. 20 Februari– Kota Buku dilantik secara eksklusif oleh Oyez! Book untuk menjadi ejen hak cipta bagi judul-judul terbitan mereka. Mac 8 – 18 Mac– Malaysia hadir sebagai Negara Tamu Kehormat di Riyadh International Book…

Menyingkap sisi rebel Zaaba

AKAN keringkah tinta Melayu menceritakan hikayat hidup Zaaba? Lahirnya di tengah-tengah era paling rencam dalam sejarah negara, era di mana persoalan identiti Melayu masih kabur dan maruah bangsanya kian luntur. Hidupnya bersekali dengan tokoh-tokoh yang mendefinisikan cara Tanah Melayu dinilai oleh cendekiawan hari ini dan esok; beliau berkhidmat di bawah R.O Winstedt dan O.T Dussek, sezaman dengan W.G Shellabear, guru kepada tokoh sejarah dan budaya Malaysia seperti Mohd Taib Osman, Ishak Hj Muhammad, dan Ibrahim Yaakub serta Ungku Aziz. Kakinya berderap sekali mendepani gerakan-gerakan progresif zamannya yang merangkumi kebangkitan golongan…

Tanda baca sebagai ‘perkakas’ penulisan

KOMUNIKASI dalam bentuk penulisan sangat tidak asing dalam kehidupan manusia sejak rentasan sejarah sebelum masihi, sehinggalah selepas masihi ketika bermulanya sistem tulisan dicipta. Sistem tulisan kini telah melalui pelbagai evolusi dan revolusi, tahap demi tahap sehinggalah apa yang dapat kita lihat dan alami pada hari ini; dipertonton dan dipersembahkan mengikut bahasa ibunda masing-masing. Sistem tulisan berevolusi daripada penulisan purba yang menggunakan simbol-simbol melalui pahatan mahupun ukiran pada medium permukaan semula jadi (batu-batu, kayu, dan tanah liat) sehinggalah kepada mutakhir ini; penulisan era moden. Cara menulis berkembang sama ada melalui pena…

Kuala Lumpur Zine Festival 2017: penggiat seni cetak bebas

ZINE (singkatan perkataan fanzine, atau majalah yang disebut “zeen”) adalah majalah atau buku kecil (booklet) yang dibuat sendiri, diedar-edarkan, saling bertukar atau dijual kepada orang lain dengan kos percetakan. Zine lazimnya diedar dalam kumpulan kecil. Karya sendiri ini diterbitkan daripada teks serta imej asal dan disusun mengikut kehendak penghasil. Penghasilan zine selalunya bagi berkongsi pengetahuan atau perasaan pengkarya atau pengalaman pengkarya dengan cara yang lebih ketara daripada blog. Zine lazimnya kurang komersial dan lebih pantas daripada media cetak. Tumpuan utama zine adalah pada kandungan — tetapi reka bentuk, gaya dan…

Mengumpul buku secara profesional

HENRY E. Huntington (1850-1927) taikun kereta api Amerika ada menyebutkan, “Manusia hidup dan mati, tetapi buku tetap abadi. Satu cara paling tepat dan mudah untuk beroleh keabadian adalah dengan memiliki sebuah perpustakaan yang bagus.” Para pencinta buku Malaysia pasti melalui rutin biasa ini di mana-mana sekalipun; giat membeli buku baru untuk koleksi perpustakaan peribadi masing-masing. Tidak kira untuk dibaca atau dikumpul, semakin ramai yang sanggup membelanjakan duit demi buku. Malah tidak menghairankan bagi seorang pengumpul tegar memiliki beberapa naskhah judul yang sama tetapi berlainan edisi. Naskhah yang dibaca ialah naskhah…

Sasterawan Negara Shahnon Ahmad meninggal dunia

sn_shahnon_ahmad

BANGI: Sasterawan Negara (SN), Profesor Emeritus Dato’ Dr. Haji Shahnon Ahmad dilaporkan meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang, pada jam 8.00 pagi hari ini akibat radang paru-paru. Novelis Ranjau Sepanjang Jalan dan Shit itu meninggal dunia pada usia 84 tahun. Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh bin Rahamad di laman Facebook beliau memaklumkan jenazah Allahyarham akan disolatkan di Surau Madani Seksyen 3, Bandar Baru Bangi selepas solat Zuhur pada hari ini. Allahyarham Shahnon Ahmad merupakan Sasterawan Negara kedua tanah air yang menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1982.…

Taufan industri buku alternatif

PERKEMBANGAN pesat industri buku alternatif tempatan atau lebih dikenali masyarakat sebagai buku indie kebelakangan ini menjadi kegilaan para pembaca khususnya golongan muda masa kini.   Penghasilan karya-karya baru oleh penerbit buku indie seperti FIXI, Lejen Press, Terfaktab dilihat semakin mendapat tempat serta melonjak naik secara mendadak. Secara tidak langsung, perkembangan ini dapat memupuk dan menyuntik minat membaca khusus buat generasi kini yang kian pudar. Pernah suatu ketika dahulu, banyak artikel dan kenyataan dikeluarkan mengenai rakyat Malaysia yang tidak gemar membaca buku sehinggakan wujud kempen budaya membaca. Hal ini menjadi dorongon…

7 filem adaptasi hebat rentas media

NOVEL-novel dan komik yang mempunyai ramai penggemar di serata dunia, selain pengisian yang berkualiti, sering kali menjadi perhatian para sutradara, tidak kira dalam mahupun luar negara, untuk dijadikan filem hit mereka. Hal ini secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada kemeriahan industri perfileman dan perbukuan. Apabila disebut mengenai filem bersiri yang bergenre dunia magis, pengembaraan, dan bildungsroman (perkembangan psikologi dan moral watak dari kanak-kanak hingga dewasa), Harry Potter, oleh pengarang sohor, J.K. Rowling, hampir seluruh dunia mengetahui akan kisah fantasi yang menarik ini. Kisah tersebut bermula daripada novel bersiri yang tebal,…

Aforisme tambah warna-warni dunia buku

KHALAYAK pembaca Malaysia heboh setiap kali buku himpunan ungkapan selebriti seperti Fattah Amin dan Hafiz Hamidun terbit di pasaran. 99 Kata-kata #Qalifmoden (2017) dan Cerita Hati Hafiz Hamidun (2016) menjadi tular dengan pelbagai pandangan, sama ada positif mahupun negatif. Pada awalnya, kebanyakan ungkapan pilihan selebriti ini terbit di media sosial, kemudian dikumpul dan diterbitkan semula dalam bentuk bercetak bertemankan foto mereka. Penerbitan buku-buku ini dianggap lebih banyak bersandar kepada populariti pengungkap, berbanding keunikan ungkapan yang dihimpunkan. Namun, para peminat yang setia memberi sumbangan besar kepada jualan buku, sehingga salah satunya…