Wattpad medium penulisan baharu

BAGI anda yang kurang gemar membaca secara atas talian (online), mungkin anda akan berkerut dan tertanya-tanya apa itu Wattpad. Atau mungkin ada di antara anda yang mengikuti perkembangan era digital kini tahu mengenainya namun meragui kualiti hasil penulisan di Wattpad. Wattpad merupakan komuniti penulisan serta bercerita atas talian di mana pengguna boleh menghantar sebarang jenis tulisan seperti artikel, fiksyen, puisi dan sajak serta pelbagai lagi, sama ada melalui laman web sendiri atau aplikasi mudah alih. Ia boleh dihantar oleh sesiapa sahaja yang mendaftar akaun di Wattpad dan memberi peluang kepada…

Citra buku dalam puisi-puisi Melayu dan Inggeris mutakhir

BUKUsentiasa mendapat sebutan terindah dan terpuji dalam prosa dan puisi. Siapa yang tidak mengenali al-Jahiz, seorang bibliomania tamadun Islam yang digelar Bapa Prosa Arab; beliau selalu melahirkan kekaguman terhadap buku dalam karya-karyanya. Jejaknya diikuti oleh ramai tokoh ilmuwan Muslim yang lain seperti Dr. Aidh al-Qarni, yang menyelitkan kedudukan buku sebagai sebaik-baik teman sejati dalam buku terlarisnya, Jangan Bersedih. Mufti Wilayah Persekutuan ke-7, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga tidak ketinggalan mengarang beberapa buah buku mengenai kehebatan buku dan membaca. Sesiapa yang sering mengikuti kuliahnya, pasti mengetahui minat beliau yang besar terhadap buku dan…

8 permainan video inspirasi daripada buku

SECARA sedar mahupun tidak, dengan naratif yang dikarang oleh para penulis novel terdahulu, telah menjadi inspirasi untuk para pembangun permainan video mengadaptasikan, ataupun sekurang-kurangnya mengilhamkan mereka untuk mencipta permainan video. Seperti yang disenaraikan, para penggiat industri tersebut cuba mencari kesesuaian untuk dimuatkan di dalam setiap permainan yang direka khas. Ini bertujuan menjadikan permainan video mereka seronok untuk dimainkan, sekali gus menarik minat para pencinta permainan video untuk memeriahkan industri mereka dengan keunikan dan gaya persembahan yang memukau; yang terdiri daripada pelbagai genre. Berikut disenaraikan 8  permainan video yang diinspirasikan daripada…

Sinergi dunia animasi dan industri buku Malaysia

FILEM animasi Malaysia kini sangat membanggakan. Ia bukan sahaja bersifat hiburan yang dipenuhi dengan gambar berwarna-warni, malah juga bersifat mendidik dengan penyampaian jalan cerita yang baik dan menarik serta penuh dengan pengajaran. Kini, dengan adanya penghasilan animasi dalam bentuk 3D  menjadikan animasi ini lebih istimewa dan menarik. Animasi yang semakin popular kini bukan sahaja boleh dilihat di kaca televisyen malah telah diadaptasi kepada buku dengan adanya kerjasama daripada pihak-pihak penerbit buku yang ingin bersama-sama menjayakan produk filem siri animasi di Malaysia. Antara filem siri animasi yang hangat dipasaran dan semakin…

Menghapuskan kuman-kuman buku

PERNAHKAH anda terfikir, adakah buku juga mampu bertindak sebagai ajen penyebaran kuman – dan seterusnya, penyakit? Iklan produk antikuman di televisyen sering memaparkan senario-senario harian yang memungkinkan perpindahan kuman daripada objek-objek sekitar kepada manusia. Objek tersebut hadir dalam bentuk bola yang sudah berlumpur, tombol pintu comot atau sekadar permukaan meja dapur yang biasa. Apabila bersentuh dengan tangan manusia, interaksi tersebut digambarkan telah membawa kepada jangkitan kuman.   Buku agen penyebaran penyakit? Kenapa tidak? Pembaca buku yang tegar tentu sedar bahawa buku menemani mereka ke setiap tempat: di tepi katil, di…

Nusantara Audiobooks pelopor buku audio premium pertama

NUSANTARA Audiobooks merupakan sebuah aplikasi baharu yang mula beroperasi sekitar suku kedua 2017 menambahkan seri dalam dunia perbukuan negara. Seperti aplikasi atau laman web buku audio yang lain, Nusantara Audiobooks hadir dengan seleksi buku-buku sastera yang sangat menarik. Tidak mempunyai masa untuk duduk dan menikmati buku kegemaran kini bukan lagi masalah kerana dengan wujudnya aplikasi Nusantara Audiobook, platform buku audio tempatan pertama di Malaysia ini memudahkan lagi para penggunanya untuk mendengar bacaan buku-buku mengikut kegemaran masing-masing di mana sahaja mereka berada. Pengguna hanya perlu mempunyai telefon pintar, dan sepasang fon…

20 Mac sebagai hari bercerita sedunia

MANUSIA tidak lari daripada salah satu sifatnya yang gemar bercerita. Dalam konteks manusia, aktiviti fizikal melalui lisan ini adalah antara asas yang telah wujud seiring dengan permulaan kehidupan; sejak zaman Nabi Adam dan Hawa, sehinggalah ke generasi alaf ke-21 yang serba kompetitif ini. Secara sedar mahupun tidak, inisiatif yang tersusun dan bermatlamat telah dicanang untuk menjadikan aktiviti bercerita ini menjadi antara salah satu aktiviti global yang mampu mewujudkan kesan positif kepada kehidupan masyarakat seantero dunia. Tidak dapat dipastikan, kelompok negara manakah yang memulakan usaha hari bercerita sedunia ini. Namun, menurut…