Dewih Haris

Penulis dan editor.

MENURUT Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Hasan Hamzah, Anugerah Telenovela pada kali ini mendapat sambutan yang memberangsangkan melalui 46 pencalonan yang merupakan satu penyertaan yang positif.

Perkembangan dunia seni digital dan perkembangan teknologi menyaksikan produksi layar perak dengan idea sendiri dan mengangkat naskhah percetakan sebagai sebahagian daripada kandungan. Menterjemah manuskrip buku kepada telemovie, filem dan drama berepisod di televisyen yang sudah menjadi fenomena masa kini.

Hos bagi Anugerah Telenovela 2018 ini ialah Cody Tan dan Natasha Charmaine bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Malam tersebut memperlihatkan Emma Maembong sebagai pemilik trofi Ratu Telenovela Serba Dinamik selama dua tahun berturut-turut. Emma juga turut memenangi anugerah Pelakon Serba Dinamik dan Komited 2018 melalui drama popular beliau, Awak Suka Saya Tak? dan filem Kimchi Untuk Awak.

Instagram: @emanizers

Malam tersebut juga menyaksikan pasangan pelakon, Fattah Amin dan Nur Fazura membolot semua trofi bagi kategori popular melalui drama Hero Seorang Cinderella dan telefilem Wanita Terindah.

Malam gilang-gemilang yang diadakan pada malam 28 Julai 2018 itu turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Asfan, Ippo Hafiz, Firman Hyper Act dan Neera Azizi.

Berikut merupakan senarai penuh penerima anugerah pada malam Anugerah Telenovela 2018;

Kategori Popular

Novel Popular – Wanita Terindah

Telenovela Popular – Hero Seorang Cinderella

Telefilem/Filem Popular – Wanita Terindah

Pelakon Lelaki Telenovela Popular – Fattah Amin

Pelakon Wanita Telenovela Popular – Nur Fazura

Pelakon Lelaki Telefilem/Filem Popular – Fattah Amin

Pelakon Wanita Telefilem/Filem Popular – Nur Fazura

Kategori Terbaik

Novel Terbaik – Perempuan Paling Bahagia

Novel Adaptasi Terbaik – Dia (Penerbitan Karya Seni Sdn Bhd)

Novelis Terbaik – Syamnuriezmir (Perempuan Paling Bahagia)

Penerbit Novel Terbaik – Penerbitan Karya Seni Sdn Bhd

Telenovela Terbaik – Mandatori

Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik – Aeril Zafrel

Pelakon Wanita Telenovela Terbaik – Siti Saleha

Pengarah Telenovela Terbaik – Razaisyam Rashid

Penulis Skrip Telenovela Terbaik – Alfie Palermo, Yasmin Yaacob, Na’a Murad, Fairul Nizam Ablah, Ashraf Zain, Shaimanie Othman, Adib Zaini dan Aziz Salim

Lagu Telenovela Terbaik – Bahagia Kasihmu (Ippo Hafiz)

Filem Terbaik – Tombirou: Penunggu Rimba

Pelakon Lelaki Filem Terbaik – Jalil Hamid

Pelakon Wanita Filem Terbaik – Izara Aishah

Pengarah Filem Terbaik – Seth Larney (Tombirou: Penunggu Rimba)

Penulis Skrip Filem Terbaik – Yasmin Yaacob dan Choong Chi Ren

Lagu OST Filem Terbaik – Ribut Hati (Tombirou: Penunggu Rimba)

Telefilem Terbaik – Srengenge

Pengarah Telefilem Terbaik – Mahuddin Ibrahim (Srengenge)

Penulis Skrip Telefilem Terbaik – Wan Mahani Hassan (Srengenge)

Anugerah Khas Juri

Ratu Telenovela Serba Dinamik – Emma Maembong

Pelakon Kanak-kanak Telenovela Terbaik – Nik Aadam Mika (Suamiku Paling Sweet)

Pelakon Kanak-kanak Filem Terbaik – Mohd Ariff Abdullah (Jibam)

Pelakon Kanak-kanak Telefilem Terbaik – Zara Sophia (Kalbu Pun Berzikir)

Pelakon Veteran Filem Terbaik – Bohari Ibrahim (Jibam)

Lakonan Sokongan Mantap – Zarynn Min (Gaduh Gaduh Sayang)

Pelakon Serba Dinamik dan Komited – Emma Maembong

Pembangunan Ilmu Kreatif: Universiti Teknologi Mara dan Universiti Utara Malaysia

Stesen Penyiaran Telenovela Prolifik – Astro

Penerbit Telenovela Terbaik – Global Station Sdn Bhd

Peneraju Penulisan Skrip Adaptasi Novel ke Telenovela – Rozie Rashid

Primadona Telenovela – Fauziah Ahmad Daud

Seniman Lagenda – Datuk Rahim Razali

Tokoh Seniman – Othman Hafsham

Tokoh Seniwati – Datuk Rosnani Jamil

Tokoh Industri Kreatif – Datuk Kamil Othman 

#

 

Comments

comments