KL BACA 2020; Kuala Lumpur Ke Arah Kebolehcapaian Digital dan Inklusif

Dua tahun dari sekarang, Kuala Lumpur akan menjadi Ibu Kota Buku Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Status itu bermula pada 23 April 2020 iaitu bersamaan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Menurut kenyataan dalam laman sesawang UNESCO, Kuala Lumpur iaitu ibu negara Malaysia dipilih berikutan fokus perbukuannya yang kukuh dan terangkum di dalam sistem pendidikan, pembangunan masyarakat yang berasaskan ilmu pengetahuan dan bahan pembacaan yang boleh diakses oleh semua peringkat penduduk di bandar raya berkenaan. Apabila bercakap tentang inklusif dan akses kepada kandungan, satu persoalan…