BUDAYA “BIBLIOHOLISME” TERHADAP BUKU

Biblioholisme bermaksud kecanduan atau ketagihan terhadap buku yang menggambarkan tabiat luar biasa yang berkecenderungan untuk membaca, membeli, menyimpan, mencintai dan mengagumi buku. Biblioholisme ini bukan sesuatu perkataan yang asing kepada masyarakat kerana ia adalah satu keadaan dimana ia diisi dengan masa yang dipenuhi dengan sesuatu yang positif. Sejak zaman ke zaman, buku merupakan sumber pendidikan sepanjang hayat untuk memperkayakan pemikiran, meningkatkan budaya dan moral, malah lebih daripada itu lagi. Biblioholisme ini sebenarnya budaya yang mencintai buku dan menyanjung ilmu dalam kehidupan mereka. Dalam diri seseorang bibliofil (seseorang yang menerap budaya…