VR, AR & BUKU: PENCERITAAN GAYA BAHARU MENGGUNAKAN TEKNOLOGI

Teknologi pengkomputeran telah mengalami banyak perubahan drastik sejak pengkomersialannya pada era 80-an. Dengan ledakan teknologi digital dan penembusan internet mudah alih, teknologi imersif (immersive technology) semakin pesat membangun dan digunakan dalam pelbagai bidang. AR dan VR merupakan sebahagian daripada beberapa teknologi imersif ini. VR merupakan singkatan kepada Virtual Reality (Realiti Maya) manakala AR adalah singkatan kepada Augmented Reality (Realiti Terimbuh).  Realiti Maya (VR): Penggunaan komputer untuk menghasilkan persekitaran buatan yang dipaparkan dalam bentuk tiga dimensi yang membenarkan pengguna berinteraksi dalam persekitaran tersebut dalam masa nyata. Realiti Terimbuh (AR): Penggabungan pandangan…