September 23, 2020

Fairuzzaman Shaharuddin

Fairuzzaman Shaharuddin pemuda asal Slim River, Perak. Sebuah pekan kecil yang damai dan tenteram. Tetapi ditakdirkan tuhan untuk menjadi calon pengajian Doktor Falsafah di Universiti Frankfurt, Jerman. Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah matapelajaran Sejarah dan Politik selama tiga tahun disebuah universiti swasta—sebelum nekad berhenti dan mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran. Beliau mencintai muzik. Spektrum muziknya daripada Ensiferum hingga ke Agus Wisman. Daripada As-Sahar hingga ke Ella Mai dan daripada Koplo hingga ke Paganini.