6 selebriti, 6 kelab buku

KELAB buku oleh selebriti kini bukan lagi sesuatu yang asing di Hollywood. Daripada Reese Witherspoon hinggalah kepada Lena Dunham, selebriti generasi baharu di sana masing-masing melancarkan kelab buku mereka sendiri dan memanfaatkan kuasa media sosial untuk berkongsi bacaan kegemaran mereka. Jika anda ulat buku seperti kami dan memerlukan cadangan bahan bacaan terbaharu (selain yang anda boleh dapati daripada syor rakan-rakan bibliofil, Goodreads dan Litsy), kalian boleh tenang sekarang. Kami rangkumkan kelab buku selebriti Hollywood yang boleh anda klik butang ‘follow’ di media sosial dan percayalah, berbaloi untuk anda ikuti. 1.…

Golongan intelek perlu bentuk pemikiran masyarakat – TPM

KUALA LUMPUR: Golongan intelek serta pemikir di negara ini perlu mengetengahkan ilmu dalam bidang masing-masing bagi membentuk pemikiran masyarakat atau ‘thought leadership’, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata golongan intelektual tidak harus dikaitkan dengan ahli akademik sahaja kerana mereka juga terdiri daripada seniman, agamawan dan budayawan dan sewajarnya menyampaikan ilmu mereka bagi membantu proses pencerahan masyarakat. “Diskusi intelek memberi peluang pembaca memahami dan menyelami idea-idea penulis dalam pelbagai subjek, termasuklah intelektual, kewartawanan dan media, persoalan seni, peranan pelajar, perpaduan, sastera dan budaya,” katanya ketika…

Drama Wonder Emak rakam anekdot ibu bekerja dari rumah

KUALA LUMPUR: Matlamat Penerbitan Kata-Pilar (Kata-Pilar Books) dalam menyebarluaskan pendidikan masyarakat melalui pembacaan diteruskan lagi dengan penerbitan buku Drama Wonder Emak. Buku tulisan Salwa Saleh tersebut dilancarkan oleh Profesor Dr Harlina Haji Siraj, pakar runding dan konsultan dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kedai Buku MPH Nu Sentral, Sabtu lalu. Lazim tampil dengan buku ‘ilmiah tetapi santai’ bertemakan kerjaya perubatan dan motivasi, Kata-Pilar Books kali ini membawakan kompilasi anekdot dan pengalaman santai Salwa Saleh sebagai suri rumah yang bekerja dari rumah. Di dalam buku kedua beliau tersebut, Salwa…

Legasi Dusun Buku diteruskan

KUALA TERENGGANU, 28 Jun — Dunia buku dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Mokhtar Yusof, 65, pengusaha Dusun Buku yang meninggal dunia, semalam. Beliau diberitakan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di Hospital Sultanah Zahirah di Kuala Terengganu, petang semalam. Bekas guru itu meninggalkan isteri serta lapan anak dan cucu-cucu di samping lebih 14 000 judul buku di perpustakaan peribadi di rumahnya, yang dibuka kepada orang awam sebagai Dusun Buku. Salah seorang anak Allahyarham, Saifulnizam memberitahu Utusan Online semalam, keluarga beliau akan meneruskan legasi Dusun Buku peninggalan bapa mereka. “Berkenaan Dusun Buku,…

Amazon Kindle kini menyokong aksara Arab

KARYA-karya pengarang berbahasa Arab jarang sekali mendapat peluang untuk menembusi pasaran buku digital (e-buku) oleh sebab beberapa kekangan; tiada sokongan untuk bahasa tersebut (dibaca dari kanan ke kiri, ditulis dalam aksara kursif dan memerlukan sistem penandaan baris) yang juga dirumitkan lagi dengan pengedaran bukunya yang kompleks. Amazon kini telah memudahkan segalanya dengan melancarkan sokongan kepada aksara bahasa Arab pada peranti dan aplikasi Kindle, malah meletakkan seksyen yang didekasikan khas untuk buku-buku berbahasa Arab di Kindle Store. Sokongan aksara Arab ini termasuklah pengubahsuaian fon, carian dan ciri sorotan (highlight) yang terdapat…

Eiko Kadono dan Igor Oleynikov menang Anugerah Hans Christian Andersen 2018

BOLOGNA, 26 Mac — Pengarang kanak-kanak dari Jepun, Eiko Kadono serta ilustrator dari Rusia, Igo Oleynikov diumumkan sebagai penerima anugerah berprestij sastera kanak-kanak, Hans Christian Andersen Awards bagi tahun 2018 di Bologna, Itali, semalam. Penganugerahan yang dianggap sebagai ‘Hadiah Nobel’ bagi sastera kanak-kanak itu diumumkan di Pesta Buku Kanak-Kanak Bologna (BCBF) 2018 oleh Patricia Aldana selaku ketua juri, mewakili Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Antarabangsa (IBBY). Karya termasyhur Kadono, Kiki’s Delivery Service diterbitkan pada tahun 1985 di Jepun dan diterjemahkan kepada bahasa Inggeris di Amerika Syarikat oleh Annick Press pada…

Naskhah ‘Alegori’ dokumentasi warisan budaya Melayu

KUALA LUMPUR:  Galeri Petronas melancarkan sebuah penerbitan kolaboratif bersama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), ALEGORI: Ekspresi Seni Kontemporari Berasaskan Manuskrip Melayu, di sini, semalam. Naskhah tersebut mengimpunkan sejumlah esei berkenaan manuskrip klasik Melayu yang mencerminkan pemikiran dan kearifan asli dalam masyarakat Melayu. Kumpulan esei ini diterbitkan bersempena dengan pameran ‘ALEGORI’ yang sedang berlangsung di Galeri Petronas, Suria KLCC, Kuala Lumpur. Buku tersebut dilancarkan oleh Pengerusi Petronas, Tan Sri Sidek Hassan. Turut hadir ialah Sasterawan Negara, Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh dan Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Zahariah…

Siti Nurhaliza dalam lembaran buku dan makalah

SELAMAT hari jadi Dato’ Seri Siti Nurhaliza! Tarikh 11 Januari setiap tahun bagaikan istimewa, apatah lagi kepada peminat-peminat penghibur nombor satu negara ini. Ulang tahun kelahiran beliau dirayakan bagai keraian nasional; seluruh rangkaian radio tempatan memutarkan seleksi lagu-lagu popular beliau sepanjang dua dekad malah ada slot khas didekasikan khas kepada beliau. (Saya sendiri, malah, ketika menuliskan artikel ini, sedang mendengar lagu-lagu beliau melalui siaran sebuah saluran radio swasta. Siaran 4 jam lagu tanpa henti!) Dalam industri hiburan, Siti Nurhaliza dikenal sebagai penyanyi ulung, mendapat gelaran nombor satu, berprofil tinggi dan…

Sasterawan Negara Shahnon Ahmad meninggal dunia

sn_shahnon_ahmad

BANGI: Sasterawan Negara (SN), Profesor Emeritus Dato’ Dr. Haji Shahnon Ahmad dilaporkan meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang, pada jam 8.00 pagi hari ini akibat radang paru-paru. Novelis Ranjau Sepanjang Jalan dan Shit itu meninggal dunia pada usia 84 tahun. Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh bin Rahamad di laman Facebook beliau memaklumkan jenazah Allahyarham akan disolatkan di Surau Madani Seksyen 3, Bandar Baru Bangi selepas solat Zuhur pada hari ini. Allahyarham Shahnon Ahmad merupakan Sasterawan Negara kedua tanah air yang menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1982.…

Pencipta Pokemon Go lancar mainan mudah alih Harry Potter 2018

NIANTIC Labs, pengusaha permainan mudah alih Pokemon Go dilaporkan bakal melancarkan permainan interaktif adaptasi siri novel Harry Potter, pada tahun hadapan. Syarikat augmented reality di sebalik permainan animasi Pokemon itu bakal melancarkan permainan yang diberi nama Harry Potter: Wizards United pada tahun 2018, dalam rangka membangunkan aplikasi permainan tersebut bersama Warner Bros. Interactive Entertainment. “Pengguna aplikasi tersebut nanti akan dapat mempelajari jampi, meneroka kawasan kejiranan dan bandar masing-masing untuk menentang haiwan legenda serta membentuk pasukand engan pengguna lain untuk mengalahkan musuh mereka” kata Niantic dalam satu pengumuman yang dibuat melalui…