Mengapa Kita Sering Lupa Kebanyakan Buku yang Pernah Dibaca dan….

…juga filem dan rancangan televisyen yang pernah kita tonton? SESETENGAH orang mempunyai keupayaan untuk mengingati setiap perincian plot cerita walaupun mereka hanya membaca sebuah buku atau pun menonton sesuatu filem pada kali pertama sahaja. Namun, hakikatnya, kebanyakan pembaca atau penonton tidak berkebolehan untuk berbuat sedemikian kerana pengalaman membaca atau menonton mereka ini diibaratkan seperti masuk dari telinga kanan kemudian keluar pula ke telinga kiri. ‘Keluk lupa’ (forgetting curve) adalah tahap kecenderungan seseorang untuk melupakan apa sahaja yang dipelajarinya dan dikatakan berada pada kedudukan paling tinggi dalam tempoh 24 jam selepas…

Roh KL sebagai Ibu Kota Buku Dunia

Nota Editor: Artikel ini adalah artikel asal tulisan Sayed Munawar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku dan pernah disiarkan dalam SINAR HARIAN dan SINAR ONLINE yang bertarikh 30 September 2018. PENGANUGERAHAN KL sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 bukanlah hanya suatu kemujuran. Ia tidak dikurniakan dengan tangan kosong. Ia perlu diperakukan. Ia punyai ruh penyempurnaan yang memungkinkan agenda penganugerahannya hidup dan terpenuhi. UNESCO menilai pembidaan Kuala Lumpur sebaris dengan permohonan daripada Nanjing dan St Petersburg. Ia bukanlah persaingan yang calang-calang. Masing-masing dengan kekuatan tersendiri namun syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya Kuala Lumpur…

KL Ibu Kota Buku Dunia – Mengapa Tidak?

Nota Editor: Artikel ini adalah artikel asal tulisan Sayed Munawar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku dan pernah disiarkan dalam BERITA HARIAN dan BH ONLINE yang bertarikh 1 Oktober 2018. SEJUMLAH dua puluh buah negara telah diisytiharkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia oleh UNESCO, termasuk Bandar-bandar seperti Bogota, Antwerp, Ljubljana, Yerevan, Incheon dan Conakry. Kuala Lumpur adalah negara ke-20 dinobatkan dengan status itu dan negara kedua di ASEAN selepas Thailand yang menerima status berkenaan pada tahun 2013. Sejurus Kuala Lumpur menerima pengesahan tentang status Ibu Kota Buku Dunia 2020, berita itu…

‘THE L!BRARY INITIATIVE’ USAHA MURNI MEMBENTUK SEMULA PERPUSTAKAAN SEKOLAH AWAM

PERPUSTAKAAN. Apakah perkataan pertama yang anda fikirkan apabila mendengar perkataan ini? Buku? Ilmu? Pustakawan? Bosan? Senyap? Mahukah anda mengubah perpustakaan menjadi sebuah ruang yang ceria dan tidak membosankan terutamanya untuk manfaat  golongan kanak-kanak yang sering kali menganggap perpustakaan sebuah tempat yang tidak langsung menarik minat mereka untuk disinggahi? The Library Initiative adalah nama program dalam salah satu usaha yang dilakukan oleh sebuah yayasan di  New York yang menggelar diri mereka sebagai Robin Hood Foundation. Misi utama organisasi ini adalah untuk menentang kemiskinan. Robin Hood Foundation telah memperkenalkan satu usaha untuk…

6 selebriti, 6 kelab buku

KELAB buku oleh selebriti kini bukan lagi sesuatu yang asing di Hollywood. Daripada Reese Witherspoon hinggalah kepada Lena Dunham, selebriti generasi baharu di sana masing-masing melancarkan kelab buku mereka sendiri dan memanfaatkan kuasa media sosial untuk berkongsi bacaan kegemaran mereka. Jika anda ulat buku seperti kami dan memerlukan cadangan bahan bacaan terbaharu (selain yang anda boleh dapati daripada syor rakan-rakan bibliofil, Goodreads dan Litsy), kalian boleh tenang sekarang. Kami rangkumkan kelab buku selebriti Hollywood yang boleh anda klik butang ‘follow’ di media sosial dan percayalah, berbaloi untuk anda ikuti. 1.…

Pertandingan koleksi buku galak generasi muda jadi kolektor

PARA pelajar di Universiti Mississippi (MSU) yang gemar mengumpul buku bakal meraih peluang istimewa. Kini satu pertandingan koleksi buku dan esei iringan sedang berlangsung di bawah tajaan John Robinson Block dan syarikat MaxxSouth Broadband. John Robinson Block ialah Ketua Editor dan penerbit Pittsburgh Post-Gazette serta merupakan pengasas MaxxSouth Broadband. Minat beliau terhadap buku nadir dan perpustakaan bermula sejak berada di peringkat ijazah lagi, membuatkan John Block tidak teragak-agak untuk menaja pertandingan tersebut. Menurut John Block, kumpulannya di MaxxSouth Broadband berharap agar para pelajar dapat menjalin perhubungan sesama mereka atas dasar…

Tragedi holocaust buku era Nazi-Jerman

Menurut Muzium Memorial Holocaust Amerika Syarikat (United States Holocaust Memorial Museum), sejarah dan tragedi hitam holocaust telah mereka dokumentasikan ke dalam medium digital. Holocaust, atau ritual genosida secara besar-besaran di bawah penguasaan regim Nazi, bertarikh 10 Mei 1933, telah dianggap sebagai sejarah kejam yang paling diingati dan popular. Sejarah ini dirakamkan sebagai simbol dalam menjawab  persoalan keadilan dan hak-hak kemanusiaan yang rumit dan kompleks, yang tidak sepatutnya dan sewenang-wenangnya dihancurkan. Hal ini juga menjadi antara iktibar terbesar dalam menilai peradaban manusia. Fahaman fasisme: pemerintahan gaya diktator yang melampau juga telah…

Eiko Kadono dan Igor Oleynikov menang Anugerah Hans Christian Andersen 2018

BOLOGNA, 26 Mac — Pengarang kanak-kanak dari Jepun, Eiko Kadono serta ilustrator dari Rusia, Igo Oleynikov diumumkan sebagai penerima anugerah berprestij sastera kanak-kanak, Hans Christian Andersen Awards bagi tahun 2018 di Bologna, Itali, semalam. Penganugerahan yang dianggap sebagai ‘Hadiah Nobel’ bagi sastera kanak-kanak itu diumumkan di Pesta Buku Kanak-Kanak Bologna (BCBF) 2018 oleh Patricia Aldana selaku ketua juri, mewakili Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Antarabangsa (IBBY). Karya termasyhur Kadono, Kiki’s Delivery Service diterbitkan pada tahun 1985 di Jepun dan diterjemahkan kepada bahasa Inggeris di Amerika Syarikat oleh Annick Press pada…

Stephen Hawking dan ‘Theory of Everything’

“Sesekali pandanglah ke langit dan bintang-bintang, bukannya menunduk diri memandang ke bawah. Cuba fahami apa yang anda lihat dan teruskan keterujaan anda untuk mengetahui dengan mendalam apa yang membuatkan alam ini wujud.” Rangkap ungkapan ini telah menjadi sebahagian kata-kata Stephen Hawking yang sering diulang-ulang oleh kenalan kenamaan, mahupun sebagai penghormatan masyarakat dunia akan pemergian tokoh terkenal, yang juga ahli teori fizik dan kosmolgi ini. Pada usia 76 tahun, pakar fizik yang lebih menjurus ke arah mengkaji relativiti umum dan kosmologi, telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi 14 Mac 2018 di…

Kedai buku Cărturești: kubu cahaya di Romania

Kedai buku dalam bangunan bersejarah yang berseni bina unik dan indah; gabungan yang mempesonakan bagi pencinta buku dan peminat seni bina. Strategi ini merupakan salah satu rahsia kejayaan rangkaian kedai buku Romania, Cărturești yang kini disenarai pendek untuk Anugerah Kedai Buku Terbaik 2018 sempena Pesta Buku London. Kedai buku dalam kategori yang sama ialah kedai buku Timbookto di Gambia dan kedai buku The Uppsala English Bookshop di Sweden. Rangkaian 20 buah kedai buku Rangkaian kedai buku Cărturești yang diuruskan oleh Nicoleta Dumitru dan Şerban Radu, memiliki lebih 20 kedai buku…