KL BACA 2020; Kuala Lumpur Ke Arah Kebolehcapaian Digital dan Inklusif

Dua tahun dari sekarang, Kuala Lumpur akan menjadi Ibu Kota Buku Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Status itu bermula pada 23 April 2020 iaitu bersamaan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Menurut kenyataan dalam laman sesawang UNESCO, Kuala Lumpur iaitu ibu negara Malaysia dipilih berikutan fokus perbukuannya yang kukuh dan terangkum di dalam sistem pendidikan, pembangunan masyarakat yang berasaskan ilmu pengetahuan dan bahan pembacaan yang boleh diakses oleh semua peringkat penduduk di bandar raya berkenaan. Apabila bercakap tentang inklusif dan akses kepada kandungan, satu persoalan…

Pesona perpustakaan ahli hadis; al-Hāfiz al-Khatīb al-Baghdādī

PADA hari ini, hampir mustahil untuk orang biasa bertemu mata dengan seorang ahli hadis, apatah lagi untuk mengetahui tentang buku-buku yang mengisi perpustakaannya. Oleh sebab itu, syarahan umum yang berlangsung di Auditorium Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada hari Jumaat 22 Disember 2017 baru-baru ini mengenai Perpustakaan Peribadi al-Hāfiz al-Khatīb al-Baghdādī, menjadi satu peluang yang sangat bermakna bagi tiga kelompok: para pencinta hadis, peminat buku dan penggemar perpustakaan. Kemunculan seorang ahli hadis daripada ranah peradaban dan budaya ilmu Islam perlu melalui disiplin ilmu yang tinggi, ketat, dan sukar. Malah…

Mengumpul buku secara profesional

HENRY E. Huntington (1850-1927) taikun kereta api Amerika ada menyebutkan, “Manusia hidup dan mati, tetapi buku tetap abadi. Satu cara paling tepat dan mudah untuk beroleh keabadian adalah dengan memiliki sebuah perpustakaan yang bagus.” Para pencinta buku Malaysia pasti melalui rutin biasa ini di mana-mana sekalipun; giat membeli buku baru untuk koleksi perpustakaan peribadi masing-masing. Tidak kira untuk dibaca atau dikumpul, semakin ramai yang sanggup membelanjakan duit demi buku. Malah tidak menghairankan bagi seorang pengumpul tegar memiliki beberapa naskhah judul yang sama tetapi berlainan edisi. Naskhah yang dibaca ialah naskhah…

Bagaimanakah rupa perpustakaan sekolah pada tahun 2X50?

DALAM era ledakan digital masa kini, adakah perpustakaan kini dilihat sebagai satu anakronisme; suatu premis yang sewajarnya berfungsi sebagai peti ilmu pengetahuan tetapi tujuannya tidak lagi bertepatan dengan aspirasi dunia digital? Konsep perpustakaan sekolah kini dicabar oleh dunia digital. Dengan kapasiti untuk memuat naik buku-buku digital ke dalam rangkaian peranti digital memungkinkan pada masa akan datang, perpustakaan dilihat sebagai sesuatu yang tidak diperlukan oleh anak-anak muda; generasi Y2K. Mengapa harus pergi ke suatu ruang yang hanya menyimpan dan mengedarkan buku-buku– fikir mereka. Murid-murid kini sudah siap sedia dengan tablet di…