KL BACA 2020; Kuala Lumpur Ke Arah Kebolehcapaian Digital dan Inklusif

Dua tahun dari sekarang, Kuala Lumpur akan menjadi Ibu Kota Buku Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Status itu bermula pada 23 April 2020 iaitu bersamaan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Menurut kenyataan dalam laman sesawang UNESCO, Kuala Lumpur iaitu ibu negara Malaysia dipilih berikutan fokus perbukuannya yang kukuh dan terangkum di dalam sistem pendidikan, pembangunan masyarakat yang berasaskan ilmu pengetahuan dan bahan pembacaan yang boleh diakses oleh semua peringkat penduduk di bandar raya berkenaan. Apabila bercakap tentang inklusif dan akses kepada kandungan, satu persoalan…

Kota Buku umum pemenang pertandingan Page-to-Pitch Media 360 (P2P360) 2017

PERBADANAN Kota Buku telah mengumumkan pemenang hadiah utama edisi kedua pertandingan tahunan Page to Pitch (P2P) Media 360 iaitu Mohana Gill bagi Kategori 1: Idea kepada Buku manakala Abdul Nazir bin Zarith Fadzilah dan Nurul Aizam binti Mat Nasir diumumkan sebagai pemenang bersama bagi Kategori 2: Idea kepada Media Digital. Mohana Gill, yang juga penulis yang memenangi pelbagai anugerah telah memenangi kategori pertama bagi ideanya menerbitkan buku masakan kanak-kanak yang mengandungi 8 bahagian, Hayley’s Happylicious Series yang memfokuskan pengenalan kepada kanak-kanak pemakanan sihat. Siri ini memaparkan Hayley dan Zac bertemu rakan-rakan…

“Banian Penawar Jiwa”

Di sebalik kehidupan Kuala Lumpur yang gah dan kian berkembang mengikut peredaran zaman moden, lahirnya sebuah kota ilmu bernama Perbadanan Kota Buku (PKB). Menyorot sejarah penubuhan Kota Buku Kuala Lumpur, ia mula mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 25 Ogos 2010. Setelah itu, tertunasnya Perbadanan Kota Buku pada 6 Julai 2011 dengan merancakkan industri perbukuan di bawah Syarikat Berhad Menurut Jaminan, Akta Syarikat 1965. Perbadanan Kota Buku selesa memilih kata-kata indah, “Banian Penawar Jiwa : Inskripsi pada lawang pustaka Thebes” sebagai sandaran makna yang mendalam. Istilah ‘banian’…