Pasca-PBAKL #4: Apakah faktor pilihan pembaca ketika membeli buku di PBAKL 2017?

KETIKA memilih buku, apakah kriteria yang penting kepada pembeli? Faktor ini menjadi lebih penting apatah lagi ketika pembeli itu hanya ada sumber kewangan yang terhad. Mereka harus memaksimumkan kuasa beli mereka dengan membeli apa yang mereka mahu baca sahaja. Faktor ini juga penting kepada penerbit kerana menjadi satu kayu ukur kepada kesediaan mereka untuk menyediakan buku-buku yang mahu dibeli oleh sebahagian besar pengunjur dan tidak dipanggil ‘syok sendiri’. Ketika memilih buku, 31% peratus pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ini ini memilih isi kandungan sebagai faktor utama mengapa…

Pasca-PBAKL #3: 10 penerbit paling popular di PBAKL 2017

Carta Penerbit Paling Popular PBAKL 2017 diungguli oleh Kumpulan Media Karangkraf! Keputusan yang memang dijangka dan daripada penampilannya di PBAKL kali ini juga memang sudah diduga. Dalam beratus-ratus senarai pempamer di pesta buku kali ini, majoriti responden telah memilih Karangkraf sebagai penerbit yang popular bagi mereka. Karangkraf amat mendominasi suasana pesta kali ini dengan  masih mengekalkan kemunculan mereka dalam satu dewan khas di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC. Hal ini bukan suatu yang janggal kerana Karangkraf memiliki senarai penerbitan yang paling banyak daripada akhbar Sinar Harian, puluhan majalah untuk pelbagai…

Pasca-PBAKL #2: Komik antara genre popular pilihan pengunjung

  Ramai pengunjung PBAKL 2017 mencari komik sebagai bahan bacaan kegemaran mereka. PENGUNJUNG-pengunjung yang hadir di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari terdiri daripada pelbagai golongan pengunjung. Pada hari-hari yang paling tinggi pengunjung, iaitu pada hari-hari hujung minggu, pelbagai acara pelancaran buku, sesi bersama penulis dan bicara buku diadakan. Banyak penerbit juga menawarkan harga yang terbaik bagi buku masing-masing; tawaran yang tidak diperoleh di kedai-kedai buku biasa. Berdasarkan genre-genre buku yang ditawarkan di PBAKL, Unit Penyelidikan Perbadanan Kota Buku telah bertanya kepada 5500 responden di lapangan tentang buku-buku yang mereka minati. Hasil…

Pasca-PBAKL #1: Kuasa Beli Pengunjung

Suku daripada Pengunjung PBAKL 2017 hanya sanggup membelanjakan kurang daripada RM50 untuk membeli buku Sebagai sebuah pesta perbukuan komersial, matlamat besar yang ingin dicapai oleh penerbit dan pedagang-pedagang buku tempatan dan antarabangsa yang menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 adalah antara lain untuk memaksimumkan keuntungan melalui jualan buku dan produk lain dengan menggunakan pelbagai mekanisme dan memanfaatkan pelbagai sarana ekonomi. Namun demikian, sedar atau tidak, salah satu faktor lain yang mempengaruhi aliran pendapatan dalam industri perbukuan tidak lain tidak bukan ialah kuasa beli pembaca terhadap buku-buku yang berada…