Krisis pelarian melalui kesusasteraan kanak-kanak

DALAM dunia orang dewasa, Mahkamah Agung (Supreme Court) di Amerika Syarikat mengekalkan larangan perjalanan dari beberapa negara Islam, dan ketibaan pelarian dari Syria serta tempat-tempat panas (hotspots) di Timur Tengah telah menjadi perlahan. Tetapi dalam dunia kesusasteraan kanak-kanak, terdapat satu trend baru ke arah meletakkan cerita-cerita tentang pelarian Muslim muda yang berdaya tahan secara berhadapan. Lebih daripada sedozen buku akan dikeluarkan pada musim luruh ini, daripada buku gambar untuk kanak-kanak hingga novel yang kompleks untuk para remaja. Buku-buku baru ini menambah senarai tajuk sedia ada yang menampilkan imej positif pelarian,…

Pasca forum memperkasakan DBP: kritikan hanyalah sekadar sebuah retorik?

SATU forum mengenai Memperkasakan DBP: Menuju Malaysia Baharu telah diadakan pada Selasa malam. Ramai orang yang menghadiri forum tersebut dan terdiri daripada latar belakang yang berbeza. Ternyata ramai yang ingin mendengar apa isi forum semalam (atau ramai ingin tahu apa yang bakal berlaku?). DBP sedang dibakar serentungnya pada malam itu. Daripada panelis Hishamuddin Rais (bijak Muhaimin Sulam memulakan forum dengan Hisham) yang sudah memulakan forumnya dengan ungkapan “mem’viagra’kan DBP” sehinggalah kepada pandangan dan soalan penonton yang terus merentungkan DBP. Perkara ini bukan bermaksud negatif. Sudah tentu ianya positif apabila DBP…

Malam Baca Puisi mengingati Usman Awang

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Malam Baca Puisi PENA-DBP-ITBM, Genta Rasa 2 telah dipengerusikan oleh Dr Ibrahim Ghaffar di Rumah PENA, Jumaat lalu. Malam tersebut merupakan sambutan khusus untuk mengenang Sasterawan Negara ketiga, Allahyarham Usman Awang yang merupakan Ketua PENA yang pertama (1961-1965). Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr. Saleeh Rahamad, dalam ucapannya menyatakan bahawa puisi yang dihasilkan oleh Usman Awang bukan sahaja indah dari segi bentuknya tetapi pemikirannya. Pengurus Besar Institut Terjemahan Bahasa Melayu (ITBM), Sakri Abdullah menguar-uarkan program-program ITBM sebelum membacakan puisi. Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan…

Citra buku dalam puisi-puisi Melayu dan Inggeris mutakhir

BUKUsentiasa mendapat sebutan terindah dan terpuji dalam prosa dan puisi. Siapa yang tidak mengenali al-Jahiz, seorang bibliomania tamadun Islam yang digelar Bapa Prosa Arab; beliau selalu melahirkan kekaguman terhadap buku dalam karya-karyanya. Jejaknya diikuti oleh ramai tokoh ilmuwan Muslim yang lain seperti Dr. Aidh al-Qarni, yang menyelitkan kedudukan buku sebagai sebaik-baik teman sejati dalam buku terlarisnya, Jangan Bersedih. Mufti Wilayah Persekutuan ke-7, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga tidak ketinggalan mengarang beberapa buah buku mengenai kehebatan buku dan membaca. Sesiapa yang sering mengikuti kuliahnya, pasti mengetahui minat beliau yang besar terhadap buku dan…

Jendela budaya Melayu di pameran Tales of the Malay World, Singapura

KANDUNGAN pameran ini sudah boleh dijangka daripada namanya. Pameran ini suatu pameran komprehensif berkenaan Tamadun Melayu. Bahan-bahan pameran terdiri daripada manuskrip lama bersama buku-buku Melayu terawal yang dicetak, disokong oleh beberapa alat pandang dengar seperti video wawancara dan klip ringkas, rakaman audio serta tayangan filem melalui projektor. Sudut pameran ini terbahagi kepada lima bahagian mengikut urutan kronologikal: Pengenalan, Dunia Manuskrip Melayu, Pasaran Manuskrip Melayu, Zaman Percetakan Moden dan Kisah-kisah Warisan. Semua ini menghuni ruang dalaman galeri yang dari hujung ke hujung, panjangnya mungkin lebih sedikit sahaja daripada 50 meter. Peliknya,…

Khazanah sastera negara di Muzium Sastera, Melaka

NEGERI MELAKA amat terkenal dengan peninggalan kisah sejarah semasa zaman kegemilangannya terdahulu, berjaya meletakkan negeri ini sebagai tempat yang harus dilawati dalam kalangan pelancong terutama bagi industri pelancongan domestik. Bahkan, ia menjadi destinasi penting kepada sesiapa sahaja untuk hadir ke negeri ini kerana tanah di bumi Melaka kaya dengan sumber khazanah yang tidak ternilai harganya. Zaman kegemilangan Melaka yang berlatarbelakangkan pelbagai kisah serta kesan sejarah pastinya telah mengangkat Melaka menjadi salah satu pusat kebudayaan Melayu di Nusantara. Selain itu, warisan sastera negara pada peringkat  awal juga banyak dihasilkan di negeri…

Pantun, syair, gurindam, puisi, sajak dan seloka- apa bezanya?

PERNAHKAH anda terfikir suasana kehidupan pada zaman tanpa visual rekaan? Bukan sahaja zaman tanpa lukisan digital di poster atau gambar bergerak di papan skrin, tetapi juga maklumat-maklumat yang disampaikan melalui medium tersebut. Zaman tanpa tanda pagar di Twitter, petikan ‘like’ pada Instagram dan pos facebook. Juga, zaman tanpa televisyen dan wayang. Inilah latar hidup dan suasana kemasyarakatan milik nenek moyang kita dahulu kala. Dari situlah naluri dan perasaan terdalam mereka diungkapkan melalui permainan-permainan bahasa dan susun rangkap kata. Melalui mereka kita dianugerahi warisan seni-seni berbahasa berikut: puisi, pantun, syair, gurindam,…

Geraba(k)ata: Puisi kota antara gerabak

KUALA LUMPUR: Jika anda menggunakan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan menukar laluan daripada aliran Kelana Jaya ke aliran Sri Petaling/Ampang (atau sebaliknya), pasti anda akan melalui terowong pejalan kaki bawah tanah stesen LRT Masjid Jamek yang dihiasi dengan puisi dan ilustrasi karangan penyair-penyair terpilih tanah air. Inisiatif pemaparan puisi ke dalam bentuk visual (puisi dan ilustrasi) ini diberi nama Geraba(k)ata, yang merupakan gabungan perkataan “gerabak” dan “kata” dan menjadi tema mural sepanjang 100 meter ini. Pameran mural yang akan berlangsung dari Ogos sehingga September ini antara lain memuatkan puisi-puisi…

“Sastera harus merakam realiti masyarakat”- A. Samad Said

KALAU kita menyusur ke jalanan, bertanya kepada orang awam secara rambang; jika kita menyebut sastera Malaysia, siapakah wajah yang terbayang dalam bayangan mereka? Jawapannya rata-rata pasti A. Samad Said. Nama Sasterawan Negara keempat ini begitu ikonik dengan sastera tanah air, malah penampilannya sering diperhatikan. A. Samad Said, yang baru-baru ini baru sahaja dianugerahkan pingat kebesaran Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Haji Abbas yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ memiliki bicara yang tersusun, santun tetapi…