Selangor fokus penterjemahan melalui IBDE

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk menterjemahkan karya antarabangsa kepada golongan muda, kata Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Amirudin Shari. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Siri Pencerahan Selangor dalam satu majlis bertempat di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur, semalam. Majlis itu dianjurkan oleh Kerajaan Selangor menerusi Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) dan Nusantara Audiobooks. “Siri Pencerahan Selangor ini merupakan anjuran kerajaan negeri Selangor melalui IBDE, di mana kita menterjemahkan beberapa karya-karya antarabangsa dan karya tempatan yang kita fikirkan sesuai untuk generasi muda dan masyarakat keseluruhannya.”…

#MalaysiaMembaca: 10 buku pilihan Dr Maszlee Malik

MENTERI Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik telah mengajak masyarakat Malaysia untuk memuat naik 10 buku pilihan dengan tagar #MalaysiaMembaca. Hasrat ini bagi menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang tahun 2030.  #MALAYSIAMEMBACA: APAKAH 10 BUKU KEGEMARAN ANDA? Saya berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca tahun 2030. Bererti, rakyat Malaysia rakyat paling banyak membaca pada tahun 2030. Kayu ukur kepada pendidikan yang berjaya ialah budaya membaca yang tinggi. pic.twitter.com/WSxHJ7JCqX — Maszlee Malik (@maszlee) August 6, 2018 Dr Maszlee turut menyenaraikan 10 tajuk buku pilihan yang dimuat naik pada laman Facebook dan…

MPH cawangan 1Utama ditutup

SETELAH 15 tahun beroperasi, kedai buku MPH cawangan 1Utama disahkan tutup. Lot kedai MPH di pusat beli belah terkenal di Petaling Jaya itu ditutup dengan mesej ringkas; “Dengan berat hati, kami dari MPH 1 Utama mengucapkan selamat tinggal. Terima kasih atas sokongan yang berterusan selama ini dan membenarkan kami berkhidmat untuk anda selama 15 tahun. Kami berharap dapat membantu anda melalui laman web kami yang telah diperbaharui.” Menurut sumber yang diperoleh melalui laman web MPH, kini tinggal kurang daripada 30 cawangan MPH yang terdapat di Malaysia berikutan penutupan cawangannya di…

Pesona perpustakaan ahli hadis; al-Hāfiz al-Khatīb al-Baghdādī

PADA hari ini, hampir mustahil untuk orang biasa bertemu mata dengan seorang ahli hadis, apatah lagi untuk mengetahui tentang buku-buku yang mengisi perpustakaannya. Oleh sebab itu, syarahan umum yang berlangsung di Auditorium Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada hari Jumaat 22 Disember 2017 baru-baru ini mengenai Perpustakaan Peribadi al-Hāfiz al-Khatīb al-Baghdādī, menjadi satu peluang yang sangat bermakna bagi tiga kelompok: para pencinta hadis, peminat buku dan penggemar perpustakaan. Kemunculan seorang ahli hadis daripada ranah peradaban dan budaya ilmu Islam perlu melalui disiplin ilmu yang tinggi, ketat, dan sukar. Malah…

Siti Nurhaliza dalam lembaran buku dan makalah

SELAMAT hari jadi Dato’ Seri Siti Nurhaliza! Tarikh 11 Januari setiap tahun bagaikan istimewa, apatah lagi kepada peminat-peminat penghibur nombor satu negara ini. Ulang tahun kelahiran beliau dirayakan bagai keraian nasional; seluruh rangkaian radio tempatan memutarkan seleksi lagu-lagu popular beliau sepanjang dua dekad malah ada slot khas didekasikan khas kepada beliau. (Saya sendiri, malah, ketika menuliskan artikel ini, sedang mendengar lagu-lagu beliau melalui siaran sebuah saluran radio swasta. Siaran 4 jam lagu tanpa henti!) Dalam industri hiburan, Siti Nurhaliza dikenal sebagai penyanyi ulung, mendapat gelaran nombor satu, berprofil tinggi dan…

Menyingkap sisi rebel Zaaba

AKAN keringkah tinta Melayu menceritakan hikayat hidup Zaaba? Lahirnya di tengah-tengah era paling rencam dalam sejarah negara, era di mana persoalan identiti Melayu masih kabur dan maruah bangsanya kian luntur. Hidupnya bersekali dengan tokoh-tokoh yang mendefinisikan cara Tanah Melayu dinilai oleh cendekiawan hari ini dan esok; beliau berkhidmat di bawah R.O Winstedt dan O.T Dussek, sezaman dengan W.G Shellabear, guru kepada tokoh sejarah dan budaya Malaysia seperti Mohd Taib Osman, Ishak Hj Muhammad, dan Ibrahim Yaakub serta Ungku Aziz. Kakinya berderap sekali mendepani gerakan-gerakan progresif zamannya yang merangkumi kebangkitan golongan…

Mengumpul buku secara profesional

HENRY E. Huntington (1850-1927) taikun kereta api Amerika ada menyebutkan, “Manusia hidup dan mati, tetapi buku tetap abadi. Satu cara paling tepat dan mudah untuk beroleh keabadian adalah dengan memiliki sebuah perpustakaan yang bagus.” Para pencinta buku Malaysia pasti melalui rutin biasa ini di mana-mana sekalipun; giat membeli buku baru untuk koleksi perpustakaan peribadi masing-masing. Tidak kira untuk dibaca atau dikumpul, semakin ramai yang sanggup membelanjakan duit demi buku. Malah tidak menghairankan bagi seorang pengumpul tegar memiliki beberapa naskhah judul yang sama tetapi berlainan edisi. Naskhah yang dibaca ialah naskhah…

Aforisme tambah warna-warni dunia buku

KHALAYAK pembaca Malaysia heboh setiap kali buku himpunan ungkapan selebriti seperti Fattah Amin dan Hafiz Hamidun terbit di pasaran. 99 Kata-kata #Qalifmoden (2017) dan Cerita Hati Hafiz Hamidun (2016) menjadi tular dengan pelbagai pandangan, sama ada positif mahupun negatif. Pada awalnya, kebanyakan ungkapan pilihan selebriti ini terbit di media sosial, kemudian dikumpul dan diterbitkan semula dalam bentuk bercetak bertemankan foto mereka. Penerbitan buku-buku ini dianggap lebih banyak bersandar kepada populariti pengungkap, berbanding keunikan ungkapan yang dihimpunkan. Namun, para peminat yang setia memberi sumbangan besar kepada jualan buku, sehingga salah satunya…

10 kedai buku atas talian syurga bibliofil

PERNIAGAAN secara atas talian memang sudah tidak asing lagi di Malaysia. Daripada barangan yang murah sehinggalah produk yang mencecah ribuan ringgit. Daripada sebotol sabun pencuci, contohnya, sehinggalah ke cincin perkahwinan yang diperbuat daripada emas bertatahkan berlian. Walhal, jika dicari di kedai-kedai berhampiran, sudah pasti dapat dijumpai dan boleh dibeli. Begitulah betapa berpengaruhnya urusan jual beli dengan menggunakan kaedah ini. Industri buku juga tidak kurang hebatnya. Pelbagai strategi dan kaedah digunakan, semata-mata untuk menarik minat para pencinta buku untuk membeli buku-buku kegemaran mereka dengan lebih mudah. Segala urusan pembelian buku-buku kini…

Buku + YouTube: 7 BookTuber Malaysia yang perlu anda kenal

PERNAH dengar perkataan “BookTube”? Pasti kebanyakan anda pertama kali mendengar perkataan ini seraya bertanya “apakah itu?” Mungkin juga ada sebahagian yang lain pernah mendengar perkataan BookTube tetapi tidak pasti, di Malaysia, wujudkah komuniti BookTube dan penggiat-penggiatnya? BookTube; kedengaran seperti YouTube, bukan? BookTube ialah gabungan dua perkataan iaitu book (buku) dan YouTube lalu membentuk BookTube. Ya, anda tidak salah lagi. BookTube ialah satu komuniti di YouTube yang menggerakkan aktiviti resensi buku dan vlog (blog video) berkenaan dunia pembacaan dan aktiviti perbukuan. Gerakan ini semacam komuniti atau subset yang lain dalam dunia video YouTube…