KL BACA 2020; Kuala Lumpur Ke Arah Kebolehcapaian Digital dan Inklusif

Dua tahun dari sekarang, Kuala Lumpur akan menjadi Ibu Kota Buku Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Status itu bermula pada 23 April 2020 iaitu bersamaan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Menurut kenyataan dalam laman sesawang UNESCO, Kuala Lumpur iaitu ibu negara Malaysia dipilih berikutan fokus perbukuannya yang kukuh dan terangkum di dalam sistem pendidikan, pembangunan masyarakat yang berasaskan ilmu pengetahuan dan bahan pembacaan yang boleh diakses oleh semua peringkat penduduk di bandar raya berkenaan. Apabila bercakap tentang inklusif dan akses kepada kandungan, satu persoalan…

Kesan Terkuburnya Surat Khabar dan Majalah Cetak

BARANGKALI masyarakat sudah pun sedar terhadap kesan yang dibawa oleh dunia digital. Ia telah mengubah cara hidup kita, malah ia juga turut mengubah bagaimana kita melihat dan memahami perkara yang berlaku di sekeliling. Kini, telah jelas bahawa cara kita menerima hiburan dan juga berita telah berubah secara drastik, dan tidak lama lagi, cara kita menerima pendidikan dan pembelajaran juga akan turut berubah. Kontemporari, industri penerbitan dan percetakan khususnya majalah dan surat khabar mengalami kemerosotan jualan secara mendadak. Fenomena ini menerangkan bahawa generasi pengguna kini lebih senang mendapatkan berita, hiburan, dan…

Menuju ke Era Pembacaan Digital

TAHUN 2018 sudah berlayar jauh dan tanpa kita sedari, kini ia telah berada di bulan yang kesepuluh. Begitu cepat sungguh masa berlalu pergi. Sudah tercapaikah azam-azam yang kita sasarkan di awal tahun dahulu? Sudah bertambahkah ilmu dan pengetahuan kita? Yang paling penting, berapa banyak bukukah yang telah kita baca dan habiskan? Syabas dan tahniah diucapkan, jika anda merupakan salah seorang yang berjaya menghabiskan sekurang-kurangnya satu buah buku di suku awal tahun ini. Saya percaya, pasti ramai pembaca majalah ini merupakan peminat tegar buku. Namun begitu, masih ramai lagi masyarakat di…

Antara buku audio dan filem: suatu sorotan neurosains

KEMAJUAN sains perubatan dan sains kemanusiaan dalam sesebuah tamadun merupakan faktor besar dalam penyumbangan kepada peningkatan taraf dan kualiti hidup rakyatnya. Neurosains pula jatuh di bawah kedua-dua kategori ini. Berdasarkan definisi Kamus Oxford, neurosains merupakan satu bidang sains perubatan yang mempunyai pelbagai cabang, namun fokus utamanya adalah mengkaji struktur atau fungsi sistem saraf dan otak. Rata-rata peminat-peminat buku audio bersetuju dengan satu pendapat tunjang yang cukup kukuh: mereka lebih teruja mendengar adaptasi audio sebuah novel berbanding dengan adaptasi video seperti filem atau siri televisyen. Konsep ini sebenarnya bukanlah perkara baru.…

Wattpad medium penulisan baharu

BAGI anda yang kurang gemar membaca secara atas talian (online), mungkin anda akan berkerut dan tertanya-tanya apa itu Wattpad. Atau mungkin ada di antara anda yang mengikuti perkembangan era digital kini tahu mengenainya namun meragui kualiti hasil penulisan di Wattpad. Wattpad merupakan komuniti penulisan serta bercerita atas talian di mana pengguna boleh menghantar sebarang jenis tulisan seperti artikel, fiksyen, puisi dan sajak serta pelbagai lagi, sama ada melalui laman web sendiri atau aplikasi mudah alih. Ia boleh dihantar oleh sesiapa sahaja yang mendaftar akaun di Wattpad dan memberi peluang kepada…

8 permainan video inspirasi daripada buku

SECARA sedar mahupun tidak, dengan naratif yang dikarang oleh para penulis novel terdahulu, telah menjadi inspirasi untuk para pembangun permainan video mengadaptasikan, ataupun sekurang-kurangnya mengilhamkan mereka untuk mencipta permainan video. Seperti yang disenaraikan, para penggiat industri tersebut cuba mencari kesesuaian untuk dimuatkan di dalam setiap permainan yang direka khas. Ini bertujuan menjadikan permainan video mereka seronok untuk dimainkan, sekali gus menarik minat para pencinta permainan video untuk memeriahkan industri mereka dengan keunikan dan gaya persembahan yang memukau; yang terdiri daripada pelbagai genre. Berikut disenaraikan 8  permainan video yang diinspirasikan daripada…

Membina generasi Y yang celik media

HASRAT untuk mencapai wawasan 2020 yang semakin menjelang (walaupun dipinda kepada TN50) tidak pernah terkubur daripada matlamat negara jelas sekali bahawa cara berfikir atau mentaliti rakyat di negara ini dalam menggunakan media masih belum lagi mencapai tahap intelektual yang diimpikan. Hal ini jelas kerana isu media berkenaan tidak akan timbul sekiranya semua pengguna media khususnya media sosial sudah faham dengan jelas mengenai penggunaan media dengan baik. Hari ini, boleh dikatakan bahawa media adalah satu medium yang membantu sesebuah negara untuk mencapai pembangunan yang mapan dari segi penyebaran maklumat mahupun perkembangan…

Aforisme tambah warna-warni dunia buku

KHALAYAK pembaca Malaysia heboh setiap kali buku himpunan ungkapan selebriti seperti Fattah Amin dan Hafiz Hamidun terbit di pasaran. 99 Kata-kata #Qalifmoden (2017) dan Cerita Hati Hafiz Hamidun (2016) menjadi tular dengan pelbagai pandangan, sama ada positif mahupun negatif. Pada awalnya, kebanyakan ungkapan pilihan selebriti ini terbit di media sosial, kemudian dikumpul dan diterbitkan semula dalam bentuk bercetak bertemankan foto mereka. Penerbitan buku-buku ini dianggap lebih banyak bersandar kepada populariti pengungkap, berbanding keunikan ungkapan yang dihimpunkan. Namun, para peminat yang setia memberi sumbangan besar kepada jualan buku, sehingga salah satunya…

Animasi Malaysia bagai lombong emas

IBARAT kejadian air laut yang ada pasang dan surutnya, siri animasi di Malaysia seakan-akan tenggelam ekoran kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 yang memberi kesan kepada seluruh warga penerbitan animasi tempatan pada waktu itu. Filem animasi Silat Legenda yang ditayangkan pada 27 Ogos 1998 bagaikan tidak mendapat sambutan daripada penonton kerana hanya berjaya mengutip sebanyak RM 141,700 sahaja manakala nasib filem animasi Putih yang diterbitkan pada 2001 juga menerima nasib yang sama dengan kutipan sebanyak RM 392,020. Sejak itu, dunia animasi tempatan dilihat suram daripada karya-karya yang mampu mencetuskan…

Teknologi AR dan buku bergambar kanak-kanak

PADA Pesta Buku Frankfurt baru-baru ini, satu forum khas AR in Publishing: Disruption or Opportunity telah memberi fokus istimewa kepada teknologi AR (augmented reality atau realiti terimbuh). Dalam forum itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron mengulas harapan cerah teknologi AR yang dikatakan mampu menjana semula kerancakan industri buku negara. Penggunaan teknologi AR dalam bidang penerbitan tidak memerlukan dana yang besar, menjadikannya satu inovasi yang sangat berguna. Sesiapa yang ingin menghasilkan sebuah buku berteknologi AR hanya memerlukan sebuah perisian AR dan komputer yang mempunyai sambungan internet.…