Kota Buku umum pemenang pertandingan Page-to-Pitch Media 360 (P2P360) 2017

PERBADANAN Kota Buku telah mengumumkan pemenang hadiah utama edisi kedua pertandingan tahunan Page to Pitch (P2P) Media 360 iaitu Mohana Gill bagi Kategori 1: Idea kepada Buku manakala Abdul Nazir bin Zarith Fadzilah dan Nurul Aizam binti Mat Nasir diumumkan sebagai pemenang bersama bagi Kategori 2: Idea kepada Media Digital. Mohana Gill, yang juga penulis yang memenangi pelbagai anugerah telah memenangi kategori pertama bagi ideanya menerbitkan buku masakan kanak-kanak yang mengandungi 8 bahagian, Hayley’s Happylicious Series yang memfokuskan pengenalan kepada kanak-kanak pemakanan sihat. Siri ini memaparkan Hayley dan Zac bertemu rakan-rakan…