January 20, 2021

10 PERKARA MENGENAI PROF DIRAJA UNGKU ABDUL AZIZ YANG RAMAI TIDAK TAHU


KUALA LUMPUR: Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit tua di sebuah hospital swasta di ibu negara pada pukul 4.30 petang.

Allahyarham merupakan tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan.

Berikut adalah 10 perkara mengenai Allahyarham yang ramai tidak tahu:

1. Beliau adalah sepupu kepada Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, filsuf ulung negara

2. Ungku aziz merupakan anak tempatan pertama yang menjadi Naib Canselor Universiti Malaya dan paling lama menjawat jawatan tersebut selama 20 tahun.

3. Beliau merupakan pencetus bersama idea penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

4. Idea pusat asasi sains adalah berdasarkan pengalaman beliau pada 1970-an di mana hanya sedikit bilangan orang Melayu yang mengambil bidang perubatan, sekitar 5 orang sahaja. Pada ketika itu, pelajar bandar akan pergi ke London untuk menyambung pengajian perubatan.

5. Beliau terlibat dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara.

6. Idea penubuhan Tabung Haji tercetus bila beliau menjalankan penyelidikan di beberapa Kawasan perkampungan. Kebanyakan mereka menyimpan wang di bawah bantal, di celah atap dan lain-lain. Malah ada yang menjual ternakan dan tanah untuk pergi haji.Orang kampung tidak menyimpan dengan bank kerana tidak mahu bercampur dengan riba

7. Pada tahun 1962, beliau telah menjadi orang tengah sewaktu mogok pekerja Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan pihak pengurusan. Peristiwa ini berlangsung selama 23 hari. Akhirnya kedua pihak bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini.

8. Beliau pernah menjadi pengarah kepada syarikat PLUS Berhad pada tahun 1988.

9. Ayahnya seorang yang pintar, pernah belajar di Universiti Cambridge dan boleh bertutur dalam Bahasa Arab, parsi dan Sanskrit. Ibunya pula seorang muslim daripada Turki

10. Beliau merupakan keturunan diraja Johor di mana moyangnya Roquiya Hanim berkahwin dengan adik kepada Sultan Johor,Ungku Abdul Majid Ibni Temenggong Daeng Ibrahim

Al-fatihah untuk tokoh besar negara, Prof Diraja Ungku Aziz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *