January 20, 2021

Askar Jepun menawan Kinabalu

  1. Pada hari ini, 9 Januari dalam tahun 1942, Jepun telah menakluk Jesselton atau lebih dikenali sebagai Kota Kinabalu.

2. Pihak Jepun menjadikan Sabah sebahagian daripada Dai Nippon iaitu jajahan Jepun di bawah kuasa seorang komander dan tentera Jepun.

3. Perdagangan Sabah dikawal dengan ketat menyebabkan ramai yang tidak cukup makanan, pakaian dan perubatan.

4. Penduduk tempatan merancang untuk melakukan pemberontakan secara gerila. Mana tahan bila keluarga kelaparan, anak kebuluran dan hidup penuh kesengsaraan.

5. Mereka melancarkan serangan dan menyebabkan lebih daripada 50 orang tentera Jepun terkorban. Kebanyakan senjata digunakan untuk menyerang tentera Jepun adalah parang, tombak dan keris.

6. Pihak jepun mengugut untuk membunuh lagi ramai penduduk tempatan kalau pemimpin gerila tersebut tidak menyerah kalah. Akhirnya pemimpin gerakan akur dan menyerahkan diri. Beliau dipancung dengan katana.

7. Akhirnya pihak Jepun dapat dikalahkan di Sabah pada 9 September 1945 dengan bantuan Pihak Berikat.

8. Nak lebih maklumat dan ilmu pengetahuan?

Bookcapital.my menyediakan lebih daripada 1800 ebook percuma untuk dibaca merangkumi pelbagai genre.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *