Azzam Supardi, penulis ‘Aku Hidup Dalam Blues’ meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Penulis novel grafik bersiri “Aku Hidup Dalam Blues”, Azzam Supardi, 50, dilaporkan meninggal dunia pagi tadi sekitar jam 7 pagi di Pusat Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) akibat sakit jantung.
Berita tersebut dikongsikan oleh oleh abang ipar penulis tersebut yang juga merupakan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad, melalui status Facebooknya awal pagi ini.
“Berita duka: adik ipar saya Mohd Azzam Supar antara penulis buku terbitan Sindiket Soljah baru meninggal dunia di Hospital Kampus UiTM Sg Buloh akibat sakit jantung.”
Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Merbau Sempak di Sungai Buloh, tengah hari ini.
Azzam Supardi merupakan penulis siri terkenal dalam majalah Ujang sekitar 1990-an, ‘Aku Hidup Dalam Blues’ dengan menggunakan lukisan oleh kartunis Aie.
Karya beliau yang mutakhir antara lain ialah Monolog Seorang Lelaki pada tahun 2013, Prequel Breakfast Blues (2014) dan 99 Stress Free Daddy (2016). Beliau juga turut menjadi penyumbang kepada antologi anekdot terbitan Sindiket Sol-Jah, Pilo Toq pada tahun 2014.
Di laman sosial media seperti Facebook dan Twitter, ramai penggiat industri buku, rakan-rakan seperjuangan dan peminat yang turut berduka dengan pemergian tersebut sambil mengimbau nostalgia kegemilangan Aku Hidup Dalam Blues.
Selamat pulang ke negeri abadi Azzam Supardi yang baik hati. Al-Fatihah. ????
— fazleena hishamuddin (@fazleenaH) July 4, 2017
AL FATIHAH Penulis & warga awal majalah Gedung Kartun, Azzam Supardi meninggal di Hospital Sungai Buloh pg tadi. Moga rohnya dirahmati Allah pic.twitter.com/yksVAUksh5
— Zunar Cartoonist (@zunarkartunis) July 4, 2017
Such a friend, such a brother, such a mentor. He will be missed. See you again, Azzam Supardi aka Toyon. We all love you.
— Nazim Masnawi (@nazim_masnawi) July 4, 2017