October 31, 2020

Buku Inspirasi Jadi E-buku, Dr. Firdaus Hariri Tandatangani Perjanjian Dengan PKB

Jarang-jarang seorang doktor mempunyai dua kelayakan dalam bidang perubatan dan pergigian. Tapi itulah yang terjadi dalam hidup Dr. Firdaus Hariri. Beliau merupakan seorang Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial.

Bagaimana Dr. Firdaus Hariri berjaya mencapai impiannya ini? Itulah yang dicoretkan di dalam buku kisah hidupnya, Doc & Roll yang kini akan diterbitkan semula dalam bentuk e-buku bertajuk ‘Doc N Roll Maxillofacial Surgeon Pemetik Gitar’.

Sesuai dengan kesibukan kerja, kini pembaca boleh mendapatkan kisah inspirasi ini di telefon pintar masing-masing apabila termeterai perjanjian antara Dr. Firdaus Hariri dan Perbadanan Kota Buku (PKB) (diwakili oleh Pegawai PKB, En. Ariffin Mutalib) di Fakulti Pergigian Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 28 September 2020 yang lalu.

Masuk ke Universiti Malaya untuk jurusan di Fakulti Sains, lalu 2 bulan kemudian mendapat tawaran masuk ke Fakulti Pergigian. Itupun diketahui olehnya pada saat hari terakhir sebelum tawaran lupus. Dengan izin dan sokongan ibunya, beliau menerima tawaran itu.

Biasa orang kata nak masuk bidang perubatan/pergigian ini perlu betul-betul fokus belajar. Lain pula dengan Dr. Firdaus Hariri yang turut sibuk dengan aktiviti-aktiviti luar kampus hinggalah beliau merasa saat pahit pada tahun pertama pengajiannya. Nak tahu apa yang terjadi?

Dapatkan e-buku ini di Book Capital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *