October 28, 2020

Buku Jadi E-buku, Penulis Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi Tandatangan Perjanjian Dengan Perbadanan Kota Buku

Melalui penuh pancaroba sepanjang detik menghulurkan bantuan kepada pelarian Syria, En. Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman atau lebih dikenali sebagai Musa Nuwayri telah membukukan pengalamannya di bawah tajuk Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi Jordan pada 2015.

(Gambar) Muka depan versi ebook

Bagi menyebarluaskan kandungan buku ini, penulis telah menandatangani perjanjian dengan Perbadanan Kota Buku pada 22 September 2020 di pejabat Cinta Syria Malaysia di Bandar Baru Bangi untuk menerbitkan semula buku ini dalam bentuk versi e-buku.

(Gambar) Musa Nuwayri sedang menandatangani surat perjanjian dengan Perbadanan Kota Buku.

Terpulang kepada keselesaan pembaca ketika membaca bahan bacaan, usahasama ini akan memberi kepelbagaian pilihan versi buat para pembaca. Jika dulu buku perlu dipegang, kini ia bakal mudah dibawa ke mana-mana di dalam telefon pintar, tablet dan lain-lain.

(Gambar) En. Musa Nuwayri bersama dengan Pegawai PKB, En. Ariffin Mutalib.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *