October 31, 2020

Buku You Want A Gum Sol-Jah Diterbitkan Semula Jadi E-Buku, Sinaganaga Tandatangani Dengan PKB

Penulis ‘You, Want A Gum, Sol-Jah?’, Sinaganaga melangkah setapak ke hadapan apabila telah menandatangani perjanjian bersama Perbadanan Kota Buku (PKB) bagi mengeluarkan buku ini ke dalam versi digital iaitu e-buku. Ia berlangsung di Rumah Pena semalam di mana En. Ariffin Mutalib sebagai wakil dari PKB.

Sinopsis

Pengalaman setiap manusia berbeza. Perbezaan itu tidak merenggang atau memutuskan hubungan sesama manusia. Saling bersangkutan sebenarnya. Saling melekat antara satu peristiwa dengan satu peristiwa. Saling melekat antara individu dengan alam. Gam apakah yang melekatkan hal itu?

Pengalaman hidup di kenang dengan pelbagai cara. Dan buku ini adalah pengalaman dan kenangan hidup penulis [veterankah dia?] yang kreatif dan baik. Mungkin buku ini akan di masukkan dalam senarai harta yang tidak boleh dijual-beli. Bukan sahaja untuk generasi beliau, tetapi juga generasi orang lain. Siapa tahu kan?

Anda boleh dapatkan e-buku ini di Book Capital: https://www.bookcapital.my/book/info/316858/You-Want-A-Gum-Sol-Jah

(Gambar) En. Sinaganaga bersama dengan Pegawai PKB, En. Ariffin Mutalib.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *