January 20, 2021

KISAH LEBUHRAYA KARAK YANG RAMAI TIDAK TAHU.

1. 7 Januari pada tahun 1979, Lebuhraya Karak telah dibuka secara rasminya.

2. Lebuhraya ini mempunyai sebuah terowong jalan raya pertama dibina di Malaysia sepanjang 900 meter. Terowong yang bila anda masuk tiba-tiba radio terus tak dapat siaran.

3. Kerajaan bercadang untuk bina lebuhraya ini sebagai alternatif jalan Gombak-Bentong yang sempit dan bengkang bengkok. Jalan ini sangat bahaya bila musim hujan.

4. Jalan Gombak-Bentong ini ada 3 golongan sahaja yang lalu dekat sini sekarang:

  • Geng basikal yang beriadah sebab kawasannya berbukit
  • Lori-lori untuk mengelakkan JPJ
  • Youtuber untuk mencari konten seram

5. Kos untuk buat lebuhraya Karak sangat mahal memandangkan pada masa itu Malaysia masih negara membangun.

6. Salah satu sebabnya adalah kena tebuk bukit untuk buat terowong. Nak buat terowong bukan murah dan mudah. Banyak faktor berkaitan struktur tanah perlu diambil kira, kos jentera, kos kepakaran dan masa yang diperlukan.

7. Disebabkan ini, kerajaan buat 2 plaza tol untuk dapatkan balik pulangan bagi kos pembinaan. Satu terletak di Gombak dan satu lagi di Bentong.

8. Selamat ulangtahun lebuhraya Karak, penghubung bandar metropolitan dengan Pantai Timur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *