October 28, 2020

Mengapa Bayi Anda Menangis Bakal Terbit Dalam Bentuk E-buku

Ramai ibubapa teruja nak timang cahaya mata. Segala persiapan dilakukan sejak seawal tahu perkhabaran gembira tentang kehadiran orang baru dalam keluarga.

Namun begitu, pernahkah anda bersedia mendengar tangisan bayi?

Ya, bayi secara fitrahnya akan menangis. Kita ambil bayi dan tenangkan ia kembali. Tapi bagaimana pula jika bayi anda selalu menangis?

Jangan ambil mudah apabila bayi menangis. Dan jangan pula terlalu terkongkong dengan kepercayaan karut-marut apabila bayi menangis tak berhenti.

Secara ringkas, 6 fakta tangisan bayi yang wajib ibu bapa ambil tahu, iaitu:

1. Menangis adalah refleks.

2. Gangguan yang bersesuaian

3. Boleh diubahsuai

4. Respons pada tangisan bayi adalah betul secara biologinya

5. Konsep tangisan bayi berbeza dengan konsep tangisan orang dewasa

6. Semua bayi menangis lebih banyak di bulan-bulan awal kehidupan

Nak tahu huraian-hurian tentang 6 fakta di atas ini?

Buku Mengapa Bayi Anda Menangis ini ada penyelesaian yang pastinya berkesan merungkai kekusutan yang menghantui ibu bapa. Ia didatangkan dengan teknik dan tip mudah untuk menenteramkan bayi dan akan buat bayi tidur lebih lena.

Menangis itu fitrah. Tapi bersebab. Bukan suka-suka.

Buku ini bakal ada dalam bentuk e-buku apabila penulis, Uswatun Hasanah Mohd Habib telah menandatangani perjanjian dengan Perbadanan Kota Buku di TTDI Grove pada 30 September 2020.

Anda boleh dapatkannya di BookCapital.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *