October 31, 2020

Sumbangan Buku Bernilai RM50,000, Yayasan MRCB Ialah Rakan Membaca Kebangsaan Yang Pertama

Terima kasih Yayasan MRCB!

Yayasan MRCB merupakan #RakanMembacaKebangsaan yang pertama telah menyumbangkan hampir 3400 buah buku. Buku-buku bernilai RM50,000 ini diedarkan kepada 12 buah sekolah terpilih di mana 2156 buah buku untuk sekolah rendah dan 1246 buah buku untuk sekolah menengah.

Rakan Membaca Kebangsaan ini merupakan pengiktirafan kepada penaja yang menyumbangkan dana dan memberi komitment penajaan bagi menjayakan kempen Dekad Membaca Kebangsaan.

Datuk Shamrat Sen Gupta, Trustee of Yayasan MRCB sedang menyerahkan buku kepada Guru Besar SK Brickfields (2), Pn Rohana Bt Abdullah sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKB, En Mutalib Uthman.

Berikut ialah senarai sekolah yang telah menerima sumbangan buku:

  1. Sekolah Kebangsaan Kg. Johan Setia, Klang.
  2. Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.
  3. Sekolah Kebangsaan Kampung Medan, Klang.
  4. Sekolah Kebangsaan Pendamaran Jaya, Klang.
  5. Sekolah Kebangsaan Kampung Pendamar, Klang.
  6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sg. Buloh.
  7. Sekolah Kebangsaan Brickfields (2), Kuala Lumpur.
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Manakala, berikut ialah senarai sekolah yang bakal menerima sumbangan buku ini, iaitu:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Air Panas (P), Setapak, Kuala Lumpur.
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Kastam.
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Butterworth.
  4. Sekolah Kebangsaan Mak Mandin, Butterworth.

Setiap sekolah menerima 122 judul buku dengan jumlah keseluruhan lebih kurang 258 buah buku. Semoga dengan usaha ini akan meningkatkan lagi minat membaca di kalangan generasi muda negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *